Medan merupakan pintu masuk utama ke seluruh Sumatera Utara. Ia merupakan di antara destinasi perlancongan yang menjadi pilihan utama pelancong Malaysia ke Imdonesia. Jom kami kongsikan 14 tempat menarik di Medan yang membuatkan pelancong Malaysia suka ke sana.
Danau Toba merupakan ikon utama Medan. Tak lengkap percutian anda di Medan kalau tak pergi ke tasik ini. Ia merupakan tasik yang paling besar di Indonesia dan merupakan sebuah kawah gunung berapi. Kedalamannya ialah 1600 meter, jangan sesekali anda terjun ke dalam tasik ini.
Berastagi merupakan lokasi percutian hujung minggu kegemaran masyarakat Medan. Di Berastagi terdapat banyak bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Selain itu, ia juga terkenal dengan keindahan dua gunung berkembar. Jika anda sukakan cabaran lasak seperti mendaki gunung, gunung berkembar ini merupakan pilihan yang tepat untuk dikunjungi di Medan.
Danau Linting adalah salah satu tempat menarik di Medan dan merupakan tasik hijau semulajadi. Tempat ini menjadi lokasi yang terbaik untuk beristirehat di waktu petang. Seronok berbuai di pinggir tasik ini, pengalaman yang tiada di tempat lain.
Ini adalah tempat menarik di Medan yang sungguh unik. Tinggi Raja merupakan rahsia yang tersimpan dengan amat baik di Sumatera Utara. Tinggi Raja merupakan mata air panas semulajadi yang telah mengeras membentuk salji suam yang diperbuat daripada kalsium karbonat.
Tjong A Fie merupakan antara penduduk pertama berketurunan Tionghua di Kota Medan yang mana rumah agamnya dibina pada tahun 1900. Terletak di Jalan Kesawan, rumah ni dibuka pada pengunjung pada tahun 2009. Tjong A Fie merupakan bisnesman yang cukup terkenal di Sumatra Utara. Berlatarkan kesenian dari Negara China, tiket masuk ke Tjong A Fie ni dikenakan sebanyak Rp 35,000.00 seorang atau lebih kurang Rm 11.00.
Seterusnya kita ke tempat untuk shopping pula. Kedai kain ni terletak di Jalan Wajir. Kami cadangkan anda membeli-belah di sini kerana anda akan lebih selesa kerana kedainya yang tertutup menyebabkan para peminta sedekah dan penjual cenderamata tak dapat masuk dan mengerumuni anda.
Taman Ulos terletak di hadapan Lapangan Terbang Kualanamu. Taman ini dibuat mengikut corak kain tradisional kaum batak di Medan, iaitu kain Ulos. Taman bunga ini disusun mengikut warna kain Ulos tersebut.
Istana lama zaman Kesultanan Deli ini dibina pada zaman Sultan Deli Makmun Al Rashid Perkasa Alamsyah pada tahun 1888. Merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong atau wisata Kota Medan disebabkan keunikan senibinanya. Lokasi di Jalan Brigjen Katamso dan tak jauh dari Hotel Madani.
Istana ni dibuka setiap hari dan bayaran masuk ialah Rp 5000.00 atau lebih kurang Rm 1.50. Di sini jugak banyak gerai-gerai cenderamata yg menjual pelbagai jenis cenderamata dari keychain, t-shirt, dompet, ukiran kayu, fridge magnet ,songket,songkok, kain batik/pelikat, rehal, ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya.
Jangan malu untuk tawar menawar sehingga mendapat harga yang anda kehendaki.
Terletak di Jalan Candi Mendut, Fashion Outlet merupakan kedai pakaian yang telah direject dari kilang tapi masih dalam keadaan baik dan dijual dengan harga yang murah. Di sebelah Kedai Fashion Outlet ni juga terdapat butik Polo, Adidas dan Nike.
Gunung Sibayak terletak 1 jam 30 minit perjalanan dari bandar. Sesuai untuk kaki hiking. Cuma satu jam sahaja untuk sampai ke puncak. Kalau nak melihat matahari terbit, boleh mula hiking pada jam 4.00 pagi. Jika cuaca mengizinkan anda boleh lihat Gunung Sinabung meletuskan debunya dan lahar dari puncak Gunung Sibayak seperti yang kami dapat tengok pada tempohari.
Merdeka Walk merupakan lapangan kuliner yang dipenuhi deretan kedai makanan dari makanan tempatan hingga ke makanan barat. Ia dibuka mulai pukul 6 petang hingga ke tengah malam. Lebih meriah pada malam minggu yang mana pelanggan akan dihiburkan dengan live band dan juga beberapa pertunjukkan lain.
Walaupun di sini harga makanan sedikit mahal berbanding tempat lain tetapi suasana yang disajikan memberi lebih kepuasan pada pelanggan.
Antara makan tradisional tempatan yg selalu dibawa pulang oleh pelancong yang pergi ke Medan adalah Bika Ambon, Kek Lapis Legit dan juga Bolu (bahulu). Di sini jugak ada dijual Kopi Luwak. Kuih bika dan kuih lapis saiz besar (8×8″) berharga antara 80 – 85k rupiah. Saiz kecil berharga 40 – 45k Rupiah, separuh saiz daripada yang besar. Harga mengikut perisa dan saiz.
Ia merupakan air terjun yang terhasil dari letusan gunung berapi yang membentuk Tasik Danau Toba beberapa juta tahun dulu. Airnya mengalir terus ke Danau Toba. Merupakan air terjun tertinggi di Indonesia. Kesegaran berada di bawah air terjun ini dan peluang melihat pelangi di bahagian bawah air terjun ini pastinya menjadi kenangan yang tak dapat anda lupakan.
Air terjun Teroh Terohdan kolam abadi terkenal dengan aktiviti body rafting. Anda wajib pakai life jacket dan akan melalui beberapa jeram amat deras dan dalam. Jangan bawa alat elektronik jika anda tiada beg kalis air (dry bag). Anda pasti basah kuyup.
Itulah dia 14 tempat menarik di Medan yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Menarik kan? Jom kita bercuti ke Medan.
Kami harap anda sukakan senari tempat menarik di Medan, tidak kisalah sama ada pantai di Medan ataupun tempat yang lain. Selain tempat di Medan, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan.