Ada yang mencari telefon Oppo terbaik untuk tahun ini? Berita menarik buat anda, kali ini Oppo melancarkan banyak telefon pintar dengan spesifikasi menarik bersama tawaran yang sangat berbaloi.

Oppo merupakan jenama telefon bimbit yang terkenal di dunia dan menjadi jenama terunggul di kalangan peminat Android. Antara kelebihan telefon Oppo terbaik adalah harga yang rendah tetapi kualiti premium, kualiti kamera yang bagus, mempunyai pelbagai model dan lain-lain.

Nak tahu berbaloi atau tidak memiliki smartphone Oppo, jom tengok spesifikasi dan harganya!

Oppo Reno 10

Kelebihan Oppo Reno 10 juga terletak pada kameranya iaitu 64MP + 32MP + 8MP pada kamera utama dan 32MP kamera selfie,  membolehkan anda merakam gambar yang cantik dan jelas tanpa perlu mengedit semula.

Peranti ini dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7050 dan storan yang dibekalkan sebanyak 256GB dipadankan dengan 8GB RAM. Dengan skrin 6.7” AMOLED dengan 120Hz kadar penyegaran dan HDR10+, pasti memberikan paparan yang jelas dan sangat lancar tidak kira untuk melakukan tugas harian, menonton movie mahupun bermain game. Audio juga sangat jelas dengan penggunaan stereo speaker.

Kapasiti bateri sebanyak 5000mAh dengan 67W SuperVOOC Flash Charge yan membolehkan peranti ini di cas penuh dalam tempoh 47 minit sahaja. Peranti ini menggunakan sistem operasi ColorOS 13.1

Oppo A98

Oppo A98 dilancarkan di Malaysia pada Mei 2023. Sekiranya anda mencari smartphone bawah RM 1500, anda boleh pertimbangkan model ini.

Storan yang dibekalkan pada Oppo A98 adalah 256GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM. Jika tidak mencukupi, pengguna boleh menambahkan lagi sebanyak 8GB RAM. Selain itu, model ini dikuasakan oleh Snapdragon 695.

Seperti Oppo Reno 10, Oppo A98 juga mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 5000mAh dengan 67W SuperVOC Charge yang membolehkan peranti ini di cas penuh dalam masa 44 minit sahaja.

Kamera juga sangat baik dengan 64MP kamera utama manakala 32MP kamera swafoto. Paling istimewa, model ini dibekalkan dengan ciri 40 kali ganda Microlens yang membantu menjelaskan lagi tekstur gambar yang dari jarak jauh dan dekat. Dengan paparan FHD+ bersama 120Hz kadar penyegaran semula, Oppo A98 memberikan kelancaran yang sangat baik sewaktu menggunakannya.

Oppo Find X6 Pro

Lain pula model Oppo yang ini dimana menggunakan cipset Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2 (4nm). Peranti ini menggunakan ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Saiz skrin adalah 6.82 inci dengan LTPO3 AMOLED dengan HDR10+ serta 120Hz kadar segar semula. Prestasi sangat baik dan anda boleh membuka sebarang aplikasi dengan pantas.

Kualiti kamera masih cantik walaupun hanya 50MP pada kamera utama dan 32MP pada kamera swafoto. Gambar masih jelas, cantik dan terang walaupun berada dalam cahaya yang kurang. Terdapat 3 pilihan memori iaitu 256GB dan 12GB RAM, 256GB ROM dan 16GB RAM serta 512GB ROM dan 16GB RAM.

Kapasiti bateri masih padu dengan 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar yang mampu mencapai 100% dalam masa 30 minit sahaja, seperti yang diwar-warkan. Bateri dapat bertahan dengan lama dan sesuai untuk mereka yang menggunakan telefon untuk melakukan kerja-kerja utama.

Oppo Find X5 Pro

Oppo Find X5 Pro antara telefon Oppo terbaik yang dikeluarkan pada 2022 kerana kekuatannya terletak pada kamera, ketahanan bateri dan prestasinya. Harganya sedikit tinggi namun dengan spesifikasi yang ada menjadikannya sangat berbaloi untuk dimiliki.

Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 iaitu pemproses terkini, ia dipadankan dengan GPU Adreno 730 yang menjadikannya prestasi yang mantap dan lancar. Sistem operasi yang digunakan adalah ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.

Seperti yang telah dinyatakan, ketahanan bateri memang lama kerana kapasitinya 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dengan anggaran 12 minit untuk mencapai 50%. Ia turut menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W dengan anggaran 47 minit untuk mencapai 100% bateri.

Sebanyak 256GB ROM UFS 3.1 dibekalkan dan dipadankan dengan 12GB RAM. Namun peranti ini tidak menyokong penambahan kad mikro SD. Selain itu, Oppo Find X5 Pro kalis air dan kalis debu dengan IP68.

Paparan skrin memang terbaik dengan 6.7 inci AMOLED bersama Corning Gorilla Glass Victus. Dari segi kualiti kamera, kamera utama dengan 50MP, 13MP sensor telefoto dan 50MP sensor ultra lebar. Kamera hadapan tak kurang hebatnya dengan 30MP. Kamera hadir dengan ciri Hasselblad Color Calibration, panorama, LED flash dan HDR.

Oppo Reno 8 Pro

Oppo Reno 8 Pro dilancarkan bersama dua edisi lain iaitu Oppo Reno 8 dan Oppo Reno 8 Pro Plus. Namun pada pendapat kami, Oppo Reno 8 Pro lebih berbaloi untuk dimiliki dengan harganya. Peranti ini menjadi smartphone terbaik untuk kelas pertengahan.

Oppo Reno 8 Pro menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8100-Max . Sistem operasi ColorOS 12.1 berasaskan Android 12 membuatkan prestasinya berjalan dengan lancar. Selain itu, paparan skrin adalah 6.7 inci AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz. Dengan kapasiti bateri 4500mAh, ia menyokong pengecasan pantas 80W yang membolehkan bateri mencapai 100% dalam masa 30 minit.

Antara kelebihan smartphone ini adalah terdapat 2 stereo speaker yang jelas dan lantang, mempunyai ciri air gesture yang membolehkan pengguna mengawal telefon tanpa menyentuh skrin, ada ciri multi-screen connected dan lain-lain.

Kualiti kamera memang padu dan memuaskan dengan 50MP kamera utama, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP makro. Kamera selfie pula 32MP. Hadir dengan ciri LED flash, panorama dan HDR, satu keajaiban apabila hasil gambar dengan kekurangan cahaya terutama sewaktu gelap menjadi cerah dan cantik.

Rekaannya juga memukau dengan warna yang pasti menjadi kesukaan ramai iaitu Glazed Green dan Grazed Black. Walaupun peranti ini kelihatan tebal tetapi sebenarnya ringan sahaja iaitu sekadar 183 gram.

Oppo Find X5 Lite

Ada yang mencari peranti kelas pertengahan keluaran telefon Oppo terbaik? Oppo Find X5 Lite perlu dimasukkan ke dalam senarai anda. Peranti ini dikuasakan oleh MediaTek MT6877 Dimensity 900 dan menggunakan GPU Mali-G68.

Dengan sistem operasi ColorOS, ia hadir dengan Android 11. Storan yang dibekalkan adalah 256GB UFS 2.2 dipadankan bersama 8GB RAM. Kapasiti ini sesuai untuk penggunaan harian, media sosial dan permainan. Jika storan tidak mencukupi, anda boleh menambahkan kad mikro SD.

Bateri juga boleh bertahan dengan lama dengan kapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W. Pengguna boleh cas telefon dengan penuh dengan anggaran masa 31 minit sahaja. Paparan skrin adalah 6.43 inci AMOLED namun kadar penyegarannya sedikit rendah iaitu 90Hz.

Seterusnya dari sudut kamera, kamera utama dengan kadar 64MP, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP makro. Kamera swafoto pula 32MP. Reka bentuk memang menarik dengan berat 173 gram sahaja dan ditawarkan dengan dua warna iaitu hitam dan biru.

Oppo Reno 8 Z

Rekabentuk Oppo Reno 8 Z memang memukau terutama di bahagian kerangkanya yang kelihatan minimalis dan premium. Smartphone bersaiz poket ini mempunyai berat 181 gram dan hadir dengan dua warna iaitu rainbow spectrum dan cosmic black.

Oppo Reno 8 Z menggunakan cipset Snapdragon 695 dengan GPU Adreno 619. Ia dioperasikan dengan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12. 256GB storan dibekalkan bersama 8GB RAM. Bukan itu sahaja, tambahan slot kad mikro SD juga terdapat pada peranti ini.

Kapasiti bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W mampu memenuhkan bateri dalam masa 63 minit. Paparan skrin pula 6.43 inci dengan AMOLED bersama 60Hz kadar segar semula. Kamera utama dengan 64 MP manakala kamera swafoto 16MP.

Oppo A96

Jika anda tertanya-tanya tentang kelebihan Oppo A96, bagi kami keistimewaan peranti ini terletak pada kapasiti storan, bateri dan kualiti kamera. Ketiga-tiga keistimewaan ini sudah cukup memuaskan untuk penggunaan harian dan multi-tasking.

Oppo A96 dikuasakan oleh cipset Snapdragon 680 dengan GPU Adreno 610. Peranti ini dilancarkan dengan ColorOS 11.1 bersandarkan Android 11. Storan juga besar dengan 256GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM. Kad mikro SD juga boleh ditambah. Dengan perincian tersebut, pengguna juga boleh bermain permainan online seperti ML dan PUBG.

Bateri pasti dapat bertahan dengan lebih lama kerana kapasitinya 5000mAh dan mempunyai ciri pengecasan pantas 33W. Anggaran masa untuk dicas separuh bateri adalah selama 26 minit. 6.59 inci paparan skrin dengan IPS LCD. Kadar segar semula pula 90Hz sahaja.

Namun kualiti kameranya memang terbaik. Kamera utama dengan 50MP manakala kamera hadapan 16MP. Perincian kamera turut mempunyai AI Retouching, Slo-Mo, Timelapse, Portrait dan sebagainya.

Oppo A57

Nak telefon Oppo terbaik bawah RM 700? Oppo A57 sesuai dengan bajet yang anda ada. Dari segi reka bentuk dan warna memang memukau, minimalis dan kelihatan berkilau lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua warna iaitu hijau dan hitam. Paling menarik, rekaan kerangkanya anti cap-cari.

Oppo A57 dikuasakan oleh MediaTek Helio G35. Storan yang dibekalkan adalah 64GB dipadankan dengan 4GB RAM. Jika storan tidak mencukupi, Oppo A57 menyokong tambahan slot kad mikro SD hingga 1TB.

Antara kelebihan lain adalah kalis air dan debu IP54, mempunyai stereo speaker dan paparan skrin 6.56 inci HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Dari sudut kamera, kamera swafoto sekadar 8MP manakala kamera utama 13MP.

Smartphone kelas pertengahan ini  mempunyai kadar bateri yang boleh bertahan lama kerana kapasitinya 5000mAh. Kapasiti ini pasti dapat bertahan hingga dua hari mengikut kadar penggunaan. Tak cukup dengan itu, ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W, dimana satu kelebihan buat smartphone untuk kelas ini.

Oppo A97

Oppo A97 antara smartphone terkini untuk tahun 2022 yang telah dilancarkan di China. Namun buat masa ini, belum lagi bermula penjualan di Malaysia. Oppo A97 dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 810 dan dibina dengan rangkaian 5G berasaskan Android 12.

Kadar bateri pasti bertahan dengan lama dengan kadar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Storan yang dibekalkan adalah 256GB dan pembeli mempunyai dua pilihan RAM sama ada 8GB atau 12GB.

Paparan skrin pula 6.56 inci IPS LCD yang mempunyai 90Hz kadar segar semula. Resolusi pula 1080×2412 piksel. Secara umumnya, kualiti kamera pada tahap memuaskan dengan 50MP kamera utama dan 8MP kamera swafoto.

Oppo A17K

Jika anda mempunyai bajet yang lebih kecil untuk membeli peranti pintar yang mampu milik, kami mencadangkan anda untuk membeli Oppo A17k yang ditawarkan bawah RM 500 sahaja. Tetapi jika dinilai dari spesifikasi dan perinciannya, memang berbaloi!

Antara smartphone Oppo terkini dilancarkan, Oppo A17k menggunakan cipset MediaTek Dimensity Helio G35. 64GB dibekalkan dan dipadankan bersama 3GB RAM, pengguna juga boleh menambah 4GB secara maya. Jika masih tidak mencukupi, masukkan kad mikro SD yang memuatkan 1TB storan.

Kapasiti bateri 5000mAh memang mencukupi dan boleh bertahan dengan lama dengan anggaran 2 hari, bergantung dengan kadar penggunaannya. Tak cukup dengan itu, terdapat mod Super Power Saving yang boleh melambatkan penurunan bateri jika mencecah 10%.

Antara kelebihan lain adalah kalis air IPX4, ringan dengan berat 189 gram sahaja, mempunyai pengimbas cap jari serta menyokong sistem operasi ColorOS 12.1 berasaskan Android 12. Terdapat dua warna pembeli boleh pilih iaitu warna emas dan biru. Selain itu, kamera utama 8MP manakala kamera swafoto 5MP sahaja.

Oppo Reno 7 Pro

Dilancarkan pada Februari 2022, Oppo Reno 7 Pro mempunyai rekaan yang premium, minimalis dan memukau. Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Startrails Blue dan Starlight Black. Telefon bersaiz poket ini mempunyai berat 180 gram sahaja.

Oppo Reno 7 Pro dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 1200 Max 5G dengan GPU ARM G77 MC9. Seperti model Oppo yang lain, model ini juga menggunakan sistem operasi ColorOS 12 bersandarkan Android 11.

Storan yang dibekalkan adalah 256GB digandingkan dengan 12GB RAM dan tiada tambahan slot kad mikro pada peranti ini. Kualiti kamera pula berada pada tahap memuaskan dengan kamera utama 50MP, 8MP sensor ultra lebar, 2MP makro manakala kamera selfie 32MP.

Kapasiti bateri dengan kadar 4500mAh menyokong pengecasan pantas 65W. Hanya dalam 31 minit, bateri dapat mencapai kapasiti penuhnya 100%. Salah satu kelebihan peranti ini adalah dengan paparan skrin 6.55 inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Pasti warna dan kecerahannya pada tahap yang baik dan jelas.

Oppo Find X5

Satu lagi telefon Oppo terbaik pada tahun ini adalah Oppo Find X5. Peranti ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm SM8350 Snapdragon 888 5G dengan GPU Adreno 660. Sistem operasi semestinya ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.

Kadar bateri memang bertahan lama dengan kapasitinya 4800mAh  dan menyokong pengecasan pantas berwayar 88W SuperVOOC dan tanpa wayar 30W AirVOOC. Memang pantas! Skrin bersaiz 6.55 inci menggunakan paparan AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

Pengguna pasti berpuas hati dengan kualiti kamera. Mana tidaknya, kamera utama 50MP, 13MP kamera telefoto, 50MP sensor ultra lebar dan kamera selfie 32MP. 256GB storan dibekalkan bersama 8GB RAM pasti mencukupi untuk penggunaan harian seperti media sosial dan beberapa permainan dalam talian.

Bagaimana dengan senarai telefon Oppo terbaik di atas? Secara ringkasnya Oppo mengeluarkan model terbaik untuk tahun ini dengan tawaran harga mampu milik hingga ke peringkat premium. Pilihlah mengikut bajet, citarasa dan pilihan anda!

Nak survey telefon bimbit jenama lain terbaik dan yang terkini? Jom terokanya di bawah!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.