Apendiks adalah salah satu daripada masalah kesihatan yang paling digeruni oleh rakyat Malaysia. Ini kerana kita sering dikhabarkan dengan maklumat kononnya jika apendiks seseorang pecah, ia boleh menyebabkan individu tersebut meninggal dunia pada saat itu juga. Adakah apendiks satu keadaan yang merbahaya dan boleh menyebabkan maut? Apakah tanda tanda apendiks? Bagaimana cara untuk menyembuhkannya?
Sakit apendiks atau istilah perubatannya Appendicitis adalah satu keadaan di mana berlakunya keradangan pada apendiks iaitu tisu sepanjang 3 setengah inci yang keluar dari usus besar. Apendiks mengandungi tisu khusus yang berfungsi untuk menghasilkan antibodi badan. Jika anda disahkan mengalami sakit apendiks, ia dianggap sebagai satu kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengeluarkan appendiks dari tubuh badan anda.
Sekiranya sakit apendiks tidak dirawat, keradangan pada apendiks akan menjadi semakin serius lalu menyebabkan apendiks anda pecah. Ia juga boleh menyebabkan radang tadi merebak serta berjangkit ke dalam rongga perut lalu terjadinya jangkitan pada rongga perut atau peritonitis iaitu keradangan yang serius pada lapisan rongga perut yang boleh membawa maut melainkan ia dirawat dengan cepat menggunakan antibiotik yang kuat.
Dalam sesetegah kes, sakit apendiks boleh menyebabkan terbentuknya abses yang berisi nanah di luar apendiks yang sedang mengalami keradangan. Tisu parut atau abses itu tadi boleh menyebabkan kemudian apendiks tertanggal dengan sendiri dari perut untuk mencegah jangkitan daripada merebak ke organ perut yang lain. Apendiks yang bernanah juga boleh membahayakan nyawa.
Sehingga ke hari ini, punca sebenar sakit apendiks masih belum dapat dikenal pasti. Namun dipercayai bahawa pembentukan sebarang halangan pada apendiks boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kepada apendiks. Di antara halangan yang boleh berlaku pada apendiks ialah:
Apabila terdapat halangan pada apendiks, ia akan menyebabkan bakteria berkumpul di situ dan menyebabkan berlakunya jangkitan. Jangkitan akan menyebabkanberlakunya pembentukan nanah. Malah jangkitan juga boleh menyebabkan berlakunya mampatan pada saluran darah di dalam apendiks. Jangkitan dan pembentukan nanah akan meningkatkan tekanan dalam apendiks lalu menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah tanda tanda apendiks supaya anda menyedari kehadirannya sebelum terlambat. Bagi kes apendiks, rawatan yang cepat adalah sangat penting dan boleh menyelamatkan nyawa. Di antara tanda tanda apendiks ialah:
Oleh itu, jika anda mengalami sakit perut yang teramat sangat dan lengkap dengan tanda tanda apendiks yang lain, sila ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Sekiranya sakit apendiks anda tidak dirawat dan apendiks anda pecah, kandungan dalam apendiks akan tumpah dan mengisi rongga perut. Keadaan ini adalah kecemasan perubatan. Di antara akibat daripada apendiks yang pecah ialah:
Berikut adalah di antara komplikasi yang sering dialami oleh pesakit apendiks:
Sekiranya anda disahkan mempunyai sakit apendiks, berikut adalah rawatan yang akan diberikan kepada anda:
Itulah dia info tentang tanda tanda apendiks yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda cirit-birit, tanda demam denggi, dan tanda gout.