Sihir pemisah pasangan. Mungkin ada yang akan tersenyum sinis memikirkan di zaman moden dan serba canggih ini masih ada yang berbicara tentang perkara yang ketinggalan zaman. Namun ketahuilah bahawa walau pun anda merasakan bahawa sihir dan ilmu hitam adalah perkara mengarut dan sudah tidak wujud pada hari ini, yang sebenarnya ia masih berleluasa malah anda boleh terkan sihir pemisah dengan sekeping gambar yang dimuat naik di media sosial seperti facebook dan instagram.

Sihir pemisah adalah sihir yang digunakan dengan niat jahat iaitu agar pasangan suami isteri saling membenci di antara satu sama lain dan akhirnya meruntuhkan rumah tangga yang terbina. Ianya dilakukan atas pelbagai sebab. Mungkin disebabkan oleh perasaan cemburu, hasad dengki, dendam, atau mungkin juga sekadar untuk menguji ilmu yang baru dipelajari.

Akhir-akhir ini media sosial digemparkan dengan kes-kes sihir pemisah termasuk penemuan pelbagai alatan yang dikaitkan dengan sihir syaitan ini. Jom lihat tanda sihir pemisah yang semua pasangan perlu tahu supaya boleh sentiasa berjaga-jaga dan dapat mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena di antara kita dan pasangan.

Fasa-fasa sihir pemisah

Ketahuilah bahawa sihir pemisah memiliki beberapa fasa dan setiap fasa menunjukkan betapa serius sihir tersebut mempengaruhi keharmonian rumah tangga mangsa yang dituju. Jika dibiarkan, sihir pemisah yang berada pada fasa awal akan menjadi semakin serius dan meningkat memasuki fasa kedua dan seterusnya. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengesan sihir pemisan pada peringkat awal agar boleh diubati sebelum menjadi semakin serius. Berikut adalah fasa-fasa sihir pemisah:

  • Fasa 1. Mula timbul rasa benci. Pasangan akan mula berasa benci di antara satu sama lain. Perasaan sayang akan mula hilang sedikit demi sedikit. Perasaan benci dan marah akan bermaharajalela.
  • Fasa 2. Sering berlaku perselisihan faham di antara suami dan isteri. Rumah menjadi panas dan pergaduhan akan berlaku disebabkan oleh perkara kecil dan tidak logik.
  • Fasa 3. Berasa tidak percaya lagi terhadap pasangan. Ini adalah fasa di mana kepercayaan sudah tidak wujud di antara pasangan. Masing-masing akan saling meragui di antara satu sama lain.
  • Fasa 4. Perasaan cemburu buta semakin menjadi-jadi. Fasa seterusnya ialah di mana pasangan mula merasa cemburu buta dan menuduh pasangan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
  • Fasa 5. Sudah tidak punya perasaan untuk bersama. Ini adalah fasa di mana kedua-dua suami isteri mula berasa tawar hati dan tiada lagi kasih sayang di antara satu sama lain. Jika tidak diubati dengan segera, sihir pemisah akan memasuki fasa-fasa terakhir iaitu yang paling serius.
  • Fasa 6. Semakin berubah dengan sikap yang teruk di mana pasangan tidak lagi mengambil berat di antara satu sama lain, jauh sekali berusaha untuk menjaga hati. Mereka akan melakukan apa sahaja sesuka hati.
  • Fasa Terakhir. Perceraian. Ini adalah fasa terakhir sihir pemisah di mana sebuah rumah tangga yang dibina dengan kasih sayang akhirnya runtuh akibat sihir.
tanda sihir pemisah

Sumber: Hellodoktor

Apakah tanda-tanda terkena sihir pemisah

Adalah sangat penting untuk mengetahui apakah tanda terkena sihir pemisah agar anda boleh terus mendapatkan rawatan jika secara tiba-tiba anda merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tangga anda. Di antara tanda sihir pemisah adalah seperti berikut:

  1. Kerap sakit pada bahagian belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat. Anda akan berasa sakit dan lenguh-lenguh badan setiap masa.
  2. Kerap berasa sesak nafas, sakit dada dan pedih pada bahagian ulu hati. Ini kerana jin yang dihantar sudah mula bersarang di dalam kawasan tersebut.
  3. Rasa resah gelisah dan berdebar tanpa sebab yang dapat dikesan dan ianya biasa berlaku dari waktu asar sehingga maghrib. Selepas itu anda akan berasa normal semula.
  4. Sakit kepala yang tidak hilang walau pun selepas anda makan ubat tahan sakit.
  5. Kembung perut dan sendawa angin yang teruk.
  6. Berasa denyutan pada bahagian ari-ari seolah-olah ada sesuatu benda hidup berada di dalamnya.
  7. Kitaran haid terganggu dan menjadi tidak teratur.
  8. Susah untuk mengandung dan kerap keguguran.
  9. Berasa rimas dan mudah marah bila duduk dekat dengan pasangan namun mula merindu apabila berjauhan.
  10. Sering bergaduh besar walaupun disebabkan oleh perkara yang remeh.
  11. Sering menyebut perkataan cerai setiap kali bergaduh.
  12. Tidak suka tidur bersama seperti biasa.
  13. Hilang nafsu terhadap pasangan.
  14. Badan pasangan berbau busuk dan hanyir , malas nafasnya berbau hanyur menyebabkan rasa jijik untuk duduk dekat dan berasa semakin benci.
  15. Lebih selesa untuk duduk bersendirian di dalam bilik daripada bersama pasangan.
  16. Sukar untuk tidur malam.
  17. Mimpi sedang menyusukan dan bermain dengan bayi yang tidak dikenali.
  18. Kerap mimpi ular, kala jengking, lipan dan binatang berbisa yang lain.
  19. Selalu bermimpi pasangan sendiri berlaku curang dengan orang lain.
  20. Berasa curiga dan cemburu buta yang tidak dapat dikawal.
  21. Selalu bermimpi tempat kotor dan busuk seperti tandas dan najis.
  22. Selalu terbau kemenyan ,colok dan setanggi semasa berada di rumah.
  23. Bila berjauhan dengan pasangan, perasan rindu dan sayang menjadi sangat menebal namun sebaik sahaja bersemuka, perasaan benci membuak-buak.
  24. Selalu teringat dan merindui seseorang yang tidak dikenali.
  25. Berasa resah dan gelisah setiap kali terdengar azan dan ayat suci Al-Quran.
  26. Mimpi bersetubuh dengan orang lain.

Itulah dia perkongsian tentang tanda sihir pemisah pasangan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua suami isteri romantik dan petua eratkan kasih sayang suami isteri

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.