Kami kongsikan 11 tanda awal kehamilan buat suami isteri yang sedang menunggu berita gembira. Tanda tanda mengandung ini pasti mengembirakan buat mereka yang menanti.

Setiap pasangan suami isteri pasti inginkan cahayamata sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang terus bersedia untuk mengandung sebaik sahaja diijab kabulkan.

Ada yang merancang untuk honeymoon dulu, dan mengandung kemudian. Apa pun pilihan anda, semestinya adalah yang terbaik. Sebaik sahaja anda bersedia untuk mengandung, berikut adalah tanda awal mengandung yang anda perlu perhatikan.

Sumber Gambar: Liysahealthshop

1. Lesu

Sebaik sahaja benih disenyawakan, anda akan mula berasa lesu. Ini kerana badan anda sedang bekerja keras untuk pembentukan janin di dalam rahim. Lesu dan kepenatan yang melampau juga berlaku disebabkan oleh peningkatan paras hormon progesterone dan  penghasilan darah merah didalam badan.

Anda akan mengalami kelesuan dan keletihan yang melampau tidak mengira masa.

2. Payudara

Payudara anda akan mengalami perubahan sebaik sahaja anda mengandung, sebagai persediaan untuk menyusukan bayi yang bakal dilahirkan. Payudara anda akan menjadi super sensitif, terutamanya dibahagian puting.

Anda akan terasa sakit atau ngilu apabila puting disentuh. Ada kalanya anda akan terasa ngilu apabila puting bergesel dengan baju dalam. Jika ini berlaku, anda boleh mula gunakan nursing pad untuk mengurangkan geseran.

Aerola juga akan menjadi semakin gelap. Payudara anda akan berasa lebih penuh & berat kerana kilang air susu mula beroperasi. Payudara anda juga akan mula menjadi bengkak dan berdenyut-denyut. Jangan panik, ia adalah normal.

3. Morning sickness

Tak semua ibu mengandung akan mengalami loya-loya. Anda sangat bertuah kalau tak dilanda morning sickness sepanjang tempoh kehamilan. Morning sickness berlaku kerana paras hormon estrogen yang meningkat di dalam tubuh badan.

Sumber Gambar: Tommys

4. Deria bau dan rasa yang semakin sensitif

Ibu mengandung juga mempunyai kepekaan deria yang lebih tinggi menyebabkan mereka lebih sensitif kepada bau dan rasa. Tiba-tiba sahaja anda rasa loya bila tercium bau masakan. Ada juga ibu mengandung yang tak tahan dengan bau suami. Disuruhnya suami mandi sekali lagi walau pun baru sahaja lepas mandi.

Deria rasa yang sensitif juga akan menyebabkan anda loya apabila makan sesuatu makanan.

5. Mengidam

Ibu mengandung dan mengidam adalah sangat sinonim. Kata orang tua, anak dalam kandungan yang teringin makan. Bukan ibunya. Yang sebenarnya mengidam berlaku kerana perubahan hormon yang mendadak didalam badan.

Kecelaruan hormon yang berlaku menyebabkan badan anda mengeluarkan signal dalam bentuk keinginan terhadap makanan yang tertentu.

6. Mood swing

Satu lagi tanda awal mengandung ialah mood swing. Emosi anda akan menjadi tidak terkawal. Seminit yang lalu anda bahagia, secara tiba-tiba anda berasa sangat hiba hingga tak tertahan air mata. Mood swing berlaku kerana pergolakan hormon yang berlaku dalam badan. Bukannya sebab mengada-ngada atau sengaja dibuat-buat.

Sumber Gambar: Hellosehat

7. Kerap kencing

Sebaik sahaja benih disenyawakan, janin akan menempel di dinding rahim dan menekan pundi kencing anda lalu menyebabkan bermulanya episod berulang-alik ke tandas. Semakin besar kandungan, semakin kerap anda membuang air kecil kerana tekanan terhadap pundi kencing anda semakin kuat.

8. Sembelit

Ibu yang mengandung juga berpotensi untuk mengalami sembelit. Ianya berlaku kerana paras hormon progesteron yang tinggi menyebabkan fungsi usus besar terganggu dan makanan lambat dihadam.

9. Sakit kepala

Ibu mengandung akan mengalami sakit kepala disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku didalam badan. Sakit kepala juga boleh berlaku disebabkan kepenatan yang melampau, tekanan darah yang rendah, dan juga stress atau kerisauan yang dialami.

10. Pendarahan atau spotting

Proses persenyawaan dan penempelan janin di dinding rahim akan menyebabkan berlakunya sedikit pendarahan. Anda akan perasan sedikit darah diseluar dalam.

Sumber Gambar: Steadyhealth

11. Cramp atau kembung perut

Sebaik sahaja anda mengandung, anda mungkin mengalami cramp atau kembung perut disebabkan oleh otot rahim yang meregang. Otot rahim meregang disebabkan oleh kehadiran janin, seolah-olah rahim mula berlatih untuk contraction.

Namun berjaga-jaga kalau cramp menjadi semakin kuat dan mula berasa sakit. Ianya mungkin petanda anda mengalami keguguran.

12. Haid yang lewat

Ini adalah tanda awal mengandung yang paling ketara. Jika kitaran haid anda tetap, dan tak pernah lewat, anda pasti akan perasan. Namun jika kitaran haid anda berterabur, mungkin anda akan terlepas pandang petanda ini.

13. Anak akan jadi semakin manja

Jika anda ada anak, anak tersebut akan jadi semakin manja secara tiba-tiba. Ianya seolah-olah anak anda mempunyai deria keenam dan tahu bahawa dia akan mendapat adik dalam masa yang terdekat.

14. Badan berasa panas

Ibu mengandung akan mengalami perubahan suhu badan. Suhu badan meningkat disebabkan oleh peningkatan aliran darah didalam badan & perubahan hormon yang mendadak. Ianya akan menyebabkan anda berasa panas dan terpaksa mandi dengan lebih kerap dan memilih untuk duduk didalam bilik yang beraircond.

Sumber Gambar: Momjunction

15. Selera makan bertambah atau berkurang

Ibu mengandung akan mengalami perubahan pada selera makan. Selera makan anda mungkin akan kurang disebabkan oleh morning sickness dan loya-loya. Apabila morning sickness anda tiada lagi, anda akan mula makan semula dengan banyak.

16. Keputihan

Tanda awal mengandung yang terakhir ialah keputihan. Anda tidak perlu risau jika keputihan yang keluar berwarna putih, tidak berbau dan tidak gatal.

Itulah dia tanda tanda mengandung yang perlu diperhatikan jika anda sedang berusaha untuk mengandung. Jika anda ada tanda-tanda yang kami senaraikan di atas, bolehlah beli kit kehamilan dan buat ujian air kencing untuk kepastian.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.