Teruja dan ingin tahu tanda bersalin?
Semakin dekat dengan due date, semakin tak sabar rasanya. Gemuruh pun ya juga.
Jika anda ibu yang pertama kali mengandung, pastinya artikel ini sangat membantu. Jom kami kongsikan tanda nak bersalin yang semua ibu mengandung wajib tahu.
Beberapa minggu sebelum bersalin, anda akan perasan badan bayi mula turun kebawah dan berada dibawah perut dengan posisi kepada di bawah. Kepala bayi akan engaged dengan tulang pelvik anda secara perlahan-lahan. Jika anda tekan bahagian atas perut, akan terasa kosong.
Pada masa ini, anda akan kembali kerap membuang air kecil seperti trimester pertama kerana bayi menghimpit pundi kencing anda semula. Anda juga akan perasan bahawa kekosongan pada ruang atas membolehkan anda bernafas dengan selesa semula.
Biasanya menjelang waktu bersalin, berat ibu akan menurun sedikit atau statik. Tiada lagi kenaikan berat badan walau pun bayi semakin membesar & semakin berat. Ini berlaku kerana air ketuban mula kurang & anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Kekurangan cecair dalam badan akan menyebabkan berat badan menurun atau statik.
Anda akan mula rasa nak mengemas rumah untuk menyambut kehadiran orang baru. Ia adalah naluri yang datang secara semulajadi. Tiba-tiba rasa nak tukar warna cat bilik, tiba-tiba nak ubah kedudukan perabot. Satu rumah anda nak bersihkan supaya jadi cantik & kelihatan baru.
Semakin dekat dengan tarikh bersalin, semua otot dalam badan anda akan mulai relax termasuk otot rektum yang menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar lalu berlakunya cirit-birit.
Jika anda mengalami cirit-birit, pastikan anda minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehydration.
Serviks anda akan semakin menipis & terbuka sebagai persediaan untuk bersalin. Jangan risau jika anda langsung tiada bukaan walau pun tarikh bersalin dah semakin dekat. Setiap kelahiran adalah berbeza.
Sepanjang tempoh kehamilan, semestinya anda sentiasa mengira jumlah pergerakan bayi setiap hari. Jangan panik jika bayi anda kurang bergerak dihujung kehamilan. Salah satu daripada puncanya ialah ruang terlalu sempit memandangkan bayi anda semakin membesar.
Namun, jika anda merasakan kelainan, jangan berlengah. Segera ke hospital untuk pemeriksaan.
Situasi ini berlaku kerana otot-otot anda sedang bersedia untuk bersalin. Hormon Relaxin yang dirembeskan didalam badan menyebabkan otot-otot anda menjadi lembut & longgar.
Semakin hampir dengan due date, anda akan berasa semakin lenguh dikemaluan & celah kelangkang. Ini adalah sebagai persediaan untuk memberikan laluan keluar kepada bayi anda. Ianya sangat menyiksakan. Bertabahlah wahai ibu. Sakit anda akan hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Semakin dengan dengan tarikh bersalin, anda akan berasa semakin lesu, berat, kurang tidur dan tidak selesa. Ini berlaku kerana perut anda semakin membesar & badan anda membawa beban yang berat.
Ini berlaku kerana kepala bayi semakin menurun kebawah & engage dengan tulang pelvik.
Ini berlaku kerana posisi bayi yang menekan tulang belakang anda. Semakin dekat dengan tarikh kelahiran, semakin sakit belakang anda.
Tanda yang dimaksudkan ialah lendir likat bercampur darah yang keluar dari faraj. Namun harus diingat, keluar tanda bukan bermakna bayi akan terus lahir. Keluar tanda adalah amaran awal atau signal dari badan yang memberitahu bahawa pangkal rahim anda sudah mula matang dan mula menipis sebagai persediaan awal untuk kelahiran.
Ada ibu yang turun tanda seawal seminggu sebelum kelahiran. Ada yang turun tanda sehari sebelum kelahiran. Ianya berbeza-beza bagi setiap kelahiran. Kalau anda mengalami turun tanda bersama sakit contraction, anda boleh mula mengira jarak antara setiap contraction bagi mengelakkan kejadian terbersalin di rumah.
Contraction adalah keadaan dimana anda akan berasa perut mengeras untuk beberapa saat. Anda akan mula merasainya apabila semakin dekat dengan tarikh bersalin.
Perut mengeras tanpa rasa sakit dipanggil dinamakan Braxton Hicks. Boleh dianggap sebagai false alarm, bukannya tanda anda nak bersalin. Anggap sahaja rahim anda sedang berlatih untuk kelahiran yang bakal berlaku.
Contraction yang sebenar adalah keadaan dimana perut anda mengeras disertai rasa sakit. Semakin kerap & semakin panjang contraction, semakain dekat anda akan bersalin.
Proses contraction adalah sangat penting dalam proses bersalin kerana ia membantu pangkal rahim menipis dan membuka pintu rahim untuk proses kelahiran.
Selaput yang menyelaputi bayi dalam rahim akan pecah secara tiba-tiba sebelum kelahiran bayi. Ia boleh pecah secara mengejut dengan bunyi pop diikuti dengan air yang banyak sehingga membasahi seluar anda. Ia juga boleh bocor sedikit demi sedikit. Ada juga kes dimana kantung terpaksa dipecahkan secara manual di bilik bersalin. Seperti yang kami nyatakan di atas, setiap kelahiran adalah berbeza.
Tanda terakhir anda akan bersalin ialah contraction yang semakin kerap dan semakin panjang. Jika anda mengalami contraction setiap 10 minit, jangan berlengah lagi. Segera ke hospital untuk memeriksa bukaan.
Itulah dia 14 tanda nak bersalin yang semua ibu mengandung wajib tahu. Semoga bermanfaat buat anda. Kami doakan semoga anda selamat bersalin.