Apakah tanda ada cacing dalam perut? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi mengenai 10 tanda perut yang mempunyai cacing dan langkah pencegahan yang boleh diambil.

Mungkin kita sudah terbiasa dengan penyakit berjangkit yang datangnya dari virus atau bakteria. Namun masalah jangkitan cacing dalam badan jarang sekali kita ambil serius. Sedangkan penyakit ini turut mengakibatkan risiko kematian yang tinggi di Malaysia khususnya.

Bahaya terkena tanda ada cacing dalam perut!

Cacing yang masuk ke dalam tubuh manusia akan mencuri nutrisi mikro dan mineral dalam badan. Hal ini justeru sehingga menyebabkan simptom jangkitan seperti kekurangan darah merah (anemia), sakit perut, dan kegatalan pada bahagian dubur.

Apa yang mungkin orang dewasa terlepas pandang adalah, masalah kecacingan tidak hanya terjangkit pada kanak-kanak bahkan orang dewasa juga tidak terkecuali.

Cacing boleh berjangkit melalui sesiapa sahaja dari faktor pemakanan dan sentuhan.

Gatal pada dubur

Perbuatan sering atau kerap menggaru di kawasan dubur adalah tanda ada cacing dalam perut. Kekerapan kita menggaru akan mengakibatkan ruam atau kemerah-merahan dari jangkitan telur cacing.

Mudah sakit perut

Seseorang yang ada cacing dalam perut biasanya akan mudah diserang sakit perut atau kembung perut. Sakit perut kerana cacing disebabkan jangkitan usus pada mulanya.

Namun, ia sedikit demi sedikit akan menular ke mana-mana organ badan tertentu yang lain. Implikasinya, kita akan mudah kembung perut dan cirit-birit atau bahkan terjadinya kesan lebih parah dengan usus menjadi tersumbat.

Ada sesetengah kes juga, najis akan menjadi tidak normal dan mengeluarkan bau busuk yang terlalu busuk.

Terlalu kerap demam tetapi lambat pulih

Cacing dalam badan akan menjejaskan sistem kekebalan tubuh badan. Larva cacing yang bebas bergerak dari satu organ ke satu organ yang lain akan memberi kesan berbeza-beza pada tubuh badan seseorang.

Dan sudah semestinya kerana ketahanan antibodi yang rendah, mereka yang terkena jangkitan cacing kemudian demam akan lambat untuk pulih.

Kurang nafsu makan

Tanda ada cacing dalam perut yang seterusnya adalah kurang nafsu makan. Jangkitan cacing boleh menggangu malnutrisi seseorang.

Malnutrisi ini secara umumnya, ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau nutrien yang tidak mencukupi.

Berlaku masalah pencernaan

Cacing atau parasit masuk ke tubuh manusia dengan memberi kesan kepada gangguan pencernaan seperti sembelit.

Ia berpotensi untuk menyekat laluan nutrien ke dalam badan, dan bahan buangan dari badan keluar di pelbagai tempat dalam sistem penghadaman. Bila kita makan, sukar untuk makanan itu dihadamkan.

Mengalami tekanan mental

Image via [UPMC]

Tekanan perasaan seperti kemurungan, kebimbangan, sakit badan, sakit kepala, sakit mata, halusinasi visual, perubahan tingkah laku, dan bayangan aneh bahawa ada sesuatu yang tersangkut di kepala menjadi perkara biasa jika seseorang dijangkiti masalah cacing.

Dalam usus manusia, ia mempunyai  kedua-dua neuron dan neurotransmitter, khususnya serotonin. Kesemua ini membentuk menjadi sebuah sistem saraf enterik.

Justeru tidak hairan jika kita simpulkan bahawa usus dan otak mempunyai hubung kait secara tidak langsung.

Gangguan Kerengsaan Usus (IBS)

Sindrom IBS ( irritable bowel sydnrome) dan artritis reaktif adalah gangguan pada  autoimun yang berkaitan jangkitan usus. Biasanya, parasit usus akan duduk di kawasan dinding usus.

Hal semacam ini akan membawa kepada keradangan dan kerengsaan pada kawasan ini. Bahkan dalam tempoh yang lama juga membawa kepada kekejangan dan usus tersumbat.

Gangguan tidur

Gangguan tidur, sukar tidur atau bahasa sainsnya adalah insomnia sering menjadi salah satu tanda perut yang mempunyai cacing. Ini semuanya kerana, gangguan kepada sistem saraf yang disebabkan oleh parasit.

Keletihan yang kronik

Oleh kerana parasit mengurangkan bekalan nutrien pada tubuh, ia membawa kepada keletihan pada tahap mental, fizikal dan emosi.

Seseorang yang letih, tidak akan mampu untuk fokus pada kerja atau apa jua yang mereka lakukan pada ketika itu.

Bruxism (asah gigi ketika tidur)

Bruxism adalah istilah perubatan yang diberikan kepada tabiat asah gigi ketika tidur. Pada pandangan pertama, hubungan antara pengisaran gigi dan parasit mungkin tidak jelas dan tak logik.

Perbuatan mengasah gigi ketika tidur berlaku disebabkan oleh kebimbangan dan keresahan oleh parasit melepaskan sisa dan toksin ke dalam badan.

Langkah-langkah untuk pencegahan

Berikut adalah beberapa langkah penting yang boleh anda ambil peduli untuk diri dan keluarga anda bagi mengelak daripada terjangkit masalah cacing dalam perut.

  1. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan jika sudah mengalami tanda ada cacing dalam perut seperti di atas.
  2. Ambil ubat cacing untuk melemahkan cacing dan mati.
  3. Jika keadaan sudah membaik, pastikan buat ujian dan pemeriksaan lanjutan dengan doktor.
  4. Kerap mencuci tangan khususnya selepas menggunakan tandas dan sebelum memegang makanan.
  5. Basuh dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan sehingga bersih.
  6. Basuh pakaian yang dipakai ketika dijangkiti penyakit cacing dengan air panas.
  7. Mandikan haiwan peliharaan (jika ada) dengan kerap.

Semoga perkongsian mengenai tanda ada cacing dalam perut dapat memberikan anda maklumat yang bermanfaat khususnya bagi semua tidak kira dewasa atau kanak-kanak.

Selain dari artikel berkenaan dengan tanda ada cacing dalam perut ini, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan kesihatan seperti:

Rujukan:

  1. Soil-Transmitted Helminth Infections. World Health Organization (WHO)
  2. Parasites – Soil-Transmitted Helminths. Centers For Disease Control and Prevention (CDC)
  3. Jangkitan Cacing: Tanda, Gejala, dan Komplikasi. Approby

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.