Jom ketahui info sebenar mengenai cacing rayap.

Selalu urat timbul di kaki atau tangan ini kuat bekerja, bersukan dan lain-lain lagi . Itulah yang dikatakan oleh orang-orang sekeliling. Tetapi tahukah anda tidak semua urat yang timbul itu adalah hasil kerja kuat dari bekerja atau aktiviti yang anda lakukan. Mungkin itu adalah cacing rayap.

Apakah Itu Cacing Rayap?

Mari saya kongsikan apakah itu cacing rayap yang telah diterangkan oleh Dr. Suhazeli Abdullah.

Kalau kaki anda nampak berurat sirat seperti rel keretapi seperti di dalam gambar di bawah, sila jumpa doktor segera. Minyak gamat atau minyak cap kapak tak jalan untuk hapuskan makhluk yang menjalar itu.

Image via Facebook

Kami sebut penyakit ni Cutaneous Larvae Migran. Di mana, sejenis cacing yang boleh masuk melalui kulit manusia dan bergerak menjalar di bawah kulit. Tempat jangkitan itu boleh jadi kemerahan dan gatal.

Cacing tersebut hidup dalam tanah. Ianya bukan keluar bersama telur lipas. Cacing yang terdapat dalam lipas adalah lain dari yang boleh masuk dalam kulit kita. Ada orang tua kata, cacing boleh naik ke mata. Ya benar, cacing boleh merayap ke dalam bola mata, tetapi bukan jenis cacing CLM ini.

Gejala semacam trek keretapi yang menjalar itu boleh bertahan hingga setahun jika tidak dirawat. Kaedah rawatan di klinik kesihatan senang sahaja sebab ubat cacing senang diperolehi di semua premis kesihatan.

Memakai alas kaki, jaga kebersihan dan kawal diri kita dari bermain tanah adalah penting untuk mencegah kuman CLM seperti ini menjangkiti kita.

*Info yang dikongsikan ini, semoga dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Boleh baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.