Buat pencinta alam semula jadi, memiliki ruangan taman mini di rumah sendiri pastinya memberikan suatu pengalaman yang luar biasa. Sama ada rumah kecil atau besar, masing-masing memberikan manfaat yang sama untuk seisi penghuni rumah.

Artikel pada hari ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai tips mudah buat taman mini di rumah yang boleh anda aplikasikan untuk mencantikkan kediaman masing-masing.

Manfaat ada taman di rumah

taman mini di rumah

Kehadiran taman mini di rumah dapat menghubungkan manusia dengan tumbuh-tumbuhan. Kita dapat menghirup udara rumah yang lebih bersih dan nyaman.

Selain itu taman rumah juga tentunya menambah nilai estetika pada penghuninya apatah lagi jika taman dirawat dengan baik dan ditumbuhi banyak pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan.

taman mini di rumah

Di ruangan inilah nanti setiap orang akan menghabiskan masa lapangnya setelah seharian berpenat di luar untuk menenangkan fikiran dan merehatkan minda sambil menikmati suasana nyaman serta segar.

Justeru, taman mini di rumah bukanlah sekadar memceriakan rumah semata-mata tetapi kehadiran taman juga dapat memberi kesan tertentu pada rumah secara keseluruhannya.

Cara membuat taman mini di rumah

Untuk membuat taman mini ini sendiri ia tidaklah begitu sukar sebenarnya. Hal ini kerana terdapat banyak cara dan idea yang boleh menjadi inspirasi untuk anda membina sebuah ruangan khusus tersebut.

Berikut ini adalah antara idea yang boleh anda aplikasikan dalam sebuah taman mini di rumah.

1. Softscape

taman mini di rumah

Landskap lembut atau dikenali juga sebagai softscape adalah jenis taman yang mengutamakan elemen semua jadi seperti tumbuhan dan air. Tujuan penggunaan landskap ini adalah untuk mewujudkan suasana yang segar dan tenang.

Tumbuhan yang boleh dipilih adalah dari pelbagai jenis pokok hiasan. Anda boleh memilih warna tumbuhan tersebut mengikut tema warna kegemaran di taman.

Manakala sumber air pula dari elemen kolam semula jadi, tali air, sungai kecil dan sebagainya.

2. Hardscape

taman mini di rumah

Landskap kejur atau hardscape pula lebih menumpukan kepada struktur buatan manusia yang digabungkan dengan elemen semula jadi dari tumbuh-tumbuhan.

Antara hardscape yang biasa digunakan adalah gazebo, laluan pejalan kaki, pancuran air, lampu warna warni dan sebagainya.

3. Landskap ringkas

Bagi yang mahukan taman yang lebih ringkas dan mudah untuk DIY, mungkin anda boleh pilih sesuatu idea yang unik dipadankan bersama.

Misalnya menggantikan rumput biasa dengan rumput tiruan yang tidak perlu dipotong dan dijaga.

Tanam pokok yang mudah diurus seperti Bunga Melur, Bunga Raya dan Bunga Kertas atau gantikan sahaja dengan pokok hiasan yang lain.

4. Landskap untuk rumah kecil

taman mini di rumah

Sekiranya anda mempunyai ruangan yang kecil dan terhad, manfaatkan ruangan yang ada di sudut balkoni untuk membuat taman.

Jika rumah tiada ruang balkoni, boleh sahaja gunakan apa sahaja yang ada di rumah untuk wujudkan taman mini sendiri seperti menggunakan pasu pecah terbuang, botol minuman terpakai, dan aluminium pelbagai guna.

Kemudian, letakkan tanah di dalam bekas yang boleh digunakan sebagai tapak. Pilih juga tumbuhan yang dijadikan pokok utama.

Seterusnya, letakkan batu kecil atau pasir di sekitar pasu dan hiaskannya. Untuk lebih menarik, taman ini boleh dihias juga mengikut kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan terpakai di rumah.

5. Landskap kebun sayur

Bila kita sebut sahaja tentang kebun, dalam fikiran sudah terfikir ruangan yang besar dan luas. Sebenarnya untuk menghasilkan kebun sayur sendiri di rumah tidak perlukan ruang yang besar pun.

Jika tiada tanah yang luas, gunakan sahaja pasu, tayar terpakai atau kitar semula bahan terbuang. Lalu warnakan kebun anda dengan pelbagai jenis tanaman yang berwarna-warni.

6. Landskap untuk rumah corner lot

taman mini di rumah

Manfaat rumah corner lot adalah mereka mempunyai halaman luar rumah yang luas dan besar.

Hal ini tidak menjadi masalah kepada anda untuk membina sebuah taman impian di rumah dengan segala kelebihan yang ada.

Selain dari idea taman mini di rumah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan hiasan dalaman seperti:

Sumber:

  1. Idea Landskap Taman Mini yang Ringkas & Mudah. My Deko
  2. Taman Landskap Halaman Rumah. Hias
  3. Idea Landskap Taman Untuk Halaman Rumah Anda! i Property

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.