Apakah syarat poligami dalam Islam yang wajib kita tahu khususnya kepada kaum lelaki yang ingin berkahwin lagi?
Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan.
Bahkan syariat Islam itu sendiri menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tanpa tidak melebihi empat orang.
Artikel pada kali kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan syarat poligami dalam Islam.
Poligami adalah peruntukan yang berikan oleh syarak kepada lelaki.
Dengan peruntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang.
Ia bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan syarak.
Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 3:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
Hukum asal poligami yang dipegang oleh Jumhur Ulama’ adalah harus.
Menurut Imam As-Syafi’e sebagaimana dalam kitab Al Fiqhul Manhaji karangan Dr Mustafa Khin, Mustafa Bugho dan Dr Ali Syarbanji menerangkan bahawa hukum asal poligami adalah harus.
Walaupun begitu, hukum tersebut boleh berubah mengikut situasi samada sunat, makruh, ataupun haram.
Nas al-Quran secara jelas menyatakan:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka, maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang baik dari perempuan-perempuan yang (lain) dua, tiga atau empat”. ( Surah an-Nisa’ :3)
Makruh: Apabila ia dilakukan hanya sekadar untuk berseronok- seronok sedangkan suami sendiri ragu akan kemampuan dirinya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya daripada sudut nafkah zahir dan batin.
Sunat: Suami memerlukan isteri yang lain misalnya bagi mendapatkan zuriat kerana isterinya yang pertama mandul atau sakit atau suami mempunyai keinginan yang amat kuat sehingga isteri seorang tidak mampu untuk melayaninya.
Suami juga berkeyakinan, mampu berlaku adil terhadap isteri- isterinya zahir dan batin, maka ketika ini tiada halangan baginya untuk berpoligami
Haram: Jika seseorang lelaki ingin berpoligami merasa zhan (sangkaan berasas) atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya.
Hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain.
Antara sebab mengapa Islam ini membolehkan poligami adalah kerana:
Antara syarat poligami dalam Islam adalah seperti:
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai syarat poligami dalam Islam ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Selain dari panduan syarat poligami dalam Islam ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain seperti:
Sumber: