Tubuh bayi biasanya akan mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap jenis susu bayi yang diberikan. Lebih memeningkan untuk para ibu di luar sana, tindak balasnya tidak sama untuk bayi yang berbeza dan terdapat susu tepung yang tidak sesuai hingga menyebabkannya muntah, kembung perut, alahan, sembelit & sebagainya.
Oleh itu, kami akan kongsikan 15 susu formula untuk bayi bagi membantu anda memilih susu bayi terbaik untuk bayi anda.
Dari pengalaman kebanyakan ibu di Malaysia amat berpuas hati dengan susu formula S26 ini. Kandungan susu ini diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti, AA, DHA, S Nucleotides, Lutein dan banyak lagi. Harga susu formula S26 ini adalah diantara RM55.00 bagi pek 600g.
Susu Enfalac A + Gentlease S1 yang sesuai untuk bayi di bawah 12 bulan ini telah menjalani proses hidrolisis protein.
Kandungannya tidak jauh berbeza dengan susu Enfalac A+ yang biasa namun apa yang membezakannya adalah susu ini khusus untuk bayi dengan masalah pencernaan. Harga susu Enfalac A+ Gentlease S1 dengan berat 1.2kg ini adalah berharga RM148.00.
Satu lagi susu Enfalac iaitu susu Enfalac A+ Step 1 yang sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur satu tahun. Kandungan dalam susu ini dapat membantu kepada tumbesaran bayi dan harganya adalah RM78.69 untuk pek 600g.
Susu NAN 1 Pro ini sesuai untuk bayi berusia 0 hingga 12 bulan dan sekiranya anda tidak mempunyai sejarah alahan keluarga, susu ini mungkin terbaik untuk bayi anda. Susu ini amat sesuai untuk bayi yang tidak mengalami alahan dan harga untuk pek 900g ialah RM90.50.
Susu NAN HA 1 BL pula khas untuk bayi yang baru lahir yang mempunyai alahan. Susu ini mungkin mempunyai sedikit rasa yang berbeza berbanding susu lain kerana telah menjalani proses hidrolisis tetapi rasanya mudah diterima oleh bayi. Formula susu NAN HA 1 BL ditambah dengan Nucleotides, Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Asid Arachidonic (ARA).
Ianya juga mengandungi probiotik yang membantu memperbaiki mikroflora usus dan dapat mengurangkan cirit-birit. Harganya pula adalah sekitar RM107.90 untuk pek 800g.
Susu langkah 1 Similac adalah susu bayi untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan. Ianya mengandungi AA, Omega 3 & 6, Taurine, Choline, dan diformulasikan dengan gabungan DHA & Lutein.
Susu ini juga disokong oleh campuran minyak sayuran untuk membantu penyerapan nutrien dan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Harganya dianggarkan RM110.90 untuk pek 900g.
Susu Wyeth S-26 Gold SMA adalah satu susu bayi yang paling mahal di Malaysia. Susu ini mengandungi lebih banyak nutrien yang bermanfaat bagi bayi dan yang paling penting ianya mengandungi lipid alfa.
Bahan ini bermanfaat untuk pengembangan sistem saraf dan menyumbang kepada penyambungan sel otak bayi yang lebih pantas. Harga bagi setiap pek 600g susu ini adalah sekitar RM78.
Susu Lactogen 1 Infant Milk Formula juga amat sesuai untuk bayi yang berusia bawah 12 bulan. Susu Lactogen 1 ini mengandungi lactobacillus untuk membantu membuatkan usus bayi lebih sihat. Harga bagi pek 650g susu Lactogen 1 ini ialah RM24.40.
Bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak, susu bayi ini menjadi pilihan mereka kerana harganya lebih murah. Ianya dilengkapi dengan nutrien penting yang sangat diperlukan oleh anak-anak kita seperti DHA, AA, protein dan banyak lagi.
Susu Pre Nan adalah merupakan susu untuk bayi pramatang daripada Nestle. Ianya adalah salah satu pilihan susu formula terbaik untuk bayi pramatang dan dapat memenuhi keperluan pemakanan untuk perkembangan bayi pramatang sehingga berat badan mereka naik sehingga 4kg.
Ia juga diperkaya dengan DHA dan ARA yang penting untuk pertumbuhan khas bayi pramatang.
Susu Similac Neosure ini juga merupakan salah satu susu khas untuk bayi pramatang dari Abbott. Ia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh bayi pramatang dan tidak mengandungi hormon pertumbuhan yang tidak wajar.
Antara nutrien yang terdapat dalam susu ini adalah DHA untuk perkembangan otak, lutein untuk kesihatan mata dan vitamin E untuk tumbesaran bayi.
Susu Anmum Infacare Step 1 Infant Formula Milk Powder mengandungi nutrien yang penting untuk bayi tetapi harganya jauh lebih murah berbanding dengan susu bayi bawah 12 bulan yang lain.
Susu formula bayi ini kurang manis dan tidak menyebabkan sembelit atau cirit-birit pada bayi anda. Ianya mengandungi DHA & AA, Omega 3 & 6, Nukleotida, Lutein, Vitamin E dan Asid Folik. Harga untuk setiap pek 900g adalah RM100.
Susu Soya Formula Bayi Isomil ini bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi ianya juga formula susu berasaskan soya 100% laktosa. Bahan tambahan dalam susu ini termasuklah duo karbohidrat untuk memudahkan penyerapan lutein (untuk penglihatan) dan prebiotik (FOS) yang sesuai untuk bayi bawah 12 Bulan. Harga susu Isomil ini pula adalah RM71 untuk pek 850g.
Susu formula Dumex Mamex Cherish ini direka khas untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan. Sekiranya anak anda berusia 6 bulan ke atas, susu ini juga telah ditambah dengan makanan cerai susu seperti bijirin, bubur dan buah-buahan. Harga susu Dumex Mamex Cherish ini dianggarkan berharga sekitar RM 158.49 untuk pek 1.5kg.
Susu premium dari Dutch Lady ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke bawah. Ianya mengandungi Vitamin B6 & C, zat besi, zink, DHA dan banyak lagi nutrien penting untuk bayi. Harga susu Frisolac 1 untuk setiap pek 600g adalah sekitar RM71.20.
Eh eh lain macam je nama susu formula ni kan? Susu Formula S26 SMA Langkah 1 ini adalah keluaran daripada Wyeth yang dirumus khas untuk bayi baru lahir hingga si bayi meningkat usia 12 bulan.
Ia bagus untuk bantu tingkatkan tumbesaran terutama pada perkembangan awal bayi. Ia turut diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida yang bagus untuk anak.
Jom baca juga hadiah untuk ibu. dan ayah, serum terbaik dan moisturizer terbaik.
Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my