Bagaimanakah cara print sticker nama buku sekolah untuk anak? Musim sekolah hampir tiba. Ibu bapa pasti teruja membuat persediaan untuk anak di rumah termasuklah untuk kelengkapan seperti buku dan alat tulis.

Bila ada barang baru, takutlah pula hilangkan. Tips yang paling mudah elak hilang adalah dengan menggunakan sticker nama.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara untuk DIY sticker nama buku sekolah anak.

Cara print sticker nama buku sekolah

Perkongsian ini dikongsikan oleh Ezzaaty Liyana dengan kos hanya RM2.10.

Langkah 1: Buka Microsoft Word.

sticker nama buku sekolah

Langkah 2: Klik “MAILING” dan “LABELS”.

sticker nama buku sekolah

Langkah 3: Kemudian, klik “OPTIONS”.

sticker nama buku sekolah

Langkah 4: Pilih “NEW LABEL”.

sticker nama buku sekolah

Langkah 5: Namakan template sticker anda.

sticker nama buku sekolah

Langkah 6: Tukar page size to “CUSTOM”.

sticker nama buku sekolah

Langkah 7: Page width & page height adalah ukuran kertas sticker anda. Pastikan ukur dengan pembaris.

sticker nama buku sekolah
sticker nama buku sekolah

Langkah 8: Kira bacaan top margin & side margin. Kalau boleh, jangan bundarkan. Biar sahaja 0.25cm. Jangan bundar kepada 0.3cm. Margin akan lari nanti.

sticker nama buku sekolah

Langkah 9: Masukkan label height and width. Ukuran label ini adalah ukuran sticker anda.

Langkah 10: Vertical pitch and horizontal pitch ini agak mengelirukan sikit. Hati hati!

Langkah 11:  Number across & down memang paling penting supaya jarak sticker anda tidak lari. Kena kira betul-betul untuk dapat bacaan yang tepat.

Langkah 12: Lepas sudah siap masukkan ukuran, klik OK.

Langkah 13: Ruangan address tu, taip apa yang anda ingin print atas sticker nanti.

Langkah 14: Kalau hendak tukar tulisan atau size, right click sahaja. Pastikan anda pilih “FULL PAGE…” dan print.

Cara buat sticker nama anak dengan kartun

Perkongsian ini dikongsikan oleh Lyne Aziz dengan kos hanya RM1.40!

Langkah 1: Beli Self-Adhesive (19mm x 50mm) (Kod: 1012).. Harga di Mydin RM1.40

Langkah 2: Muat turun template berikut ikut kartun kesukaan anak:

Langkah 3: Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H). Tekan Ctrl+H.

Langkah 4: Isi nama “HASLINA AZIZ” di ruangan “Find what” dan nama anak anda di ruangan “Replace with”.

Langkah 5: Klik “Replace All”. Ulang step sama untuk replace nama kelas dan sekolah.

Langkah 6: Untuk tukar gambar lain. Save gambar yang diinginkan. Highlight semua gambar asal, double click dan klik “Change picture”. Pilih gambar baru yang ingin ditukar dan tekan “Insert”.

Langkah 7: Print dan siap.

Cara melebel buku sekolah anak ikut jadual

Para ibu boleh memudahkan anak-anak memasukkan buku yang diperlukan setiap hari ke dalam beg mengikut jadual harian dengan membuat label pada buku.

Bahan-bahannya:

  • Sticky note 5 warna
  • Soletip
  • Gunting

Cara-cara membuat:

  1. Lekatkan sticky note pada bahagian sebelah bawah sekali buku.
  2. Label buku mengikut jadual harian yang telah ditetapkan. Bezakan mengikut warna dan hari.
  3. Gunakan soletop yang bersaiz besar dari sticky note untuk lebih mudah.

Selain dari tips print sticker nama buku sekolah ini, anda boleh membaca artikel kami yang lain berkenaan persedian anak masuk sekolah seperti:

Sumber:

  1. DIY Print Label/Sticker. Lyne Aziz
  2. Cara Custom Sticker Label. Ezzaty Liyana

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.