Bagaimanakah cara solat dhuha dan doa mujarab yang bagus untuk diamalkan bersama selepas solat?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan lengkap solat dhuha yang perlu anda tahu.
Dari segi bahasa, ‘Dhuha’ (الضحى) bererti ‘matahari’ atau ‘cahaya matahari’. Manakala dari segi syarak pula, solat sunat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.
Solat sunat dhuha merupakan salah satu dari solat nafilah (sunat) yang dituntut. Tujuan ia dilaksanakan adalah untuk menghapuskan dosa dan dimurahkan rezeki.
Sesuai dengan maknanya, waktu ditunaikannya adalah pagi, dalam waktu matahari telah naik dengan sempurna sekitar satu galah tingginya (tujuh hasta). Atau lebih tepatnya selama 20-30 minit selepas matahari terbit.
Lalu, tempoh solat ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari atau sebelum masuk waktu zohor. Setelah masuknya waktu zohor, maka tamatlah waktu Dhuha (10 minit sebelum zohor).
Hukum solat ini didirikan adalah sunat. Maka ianya tidak diwajibkan ke atas umat Islam. Namun bagi sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran yang besar bersama-sama kelebihannya.
Samalah seperti solat sunat yang lain. Solat ini boleh didirikan dalam dua, empat, enam atau lapan rakaat mahupun 12 rakaat, dengan setiap dua rakaat disertai satu salam.
Pendapat dua rakaat adalah berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar RA yang berkata bahawa;
“Rasulullah SAW bersabda; Firman Allah dalam hadis kudsi (maksudnya): ‘Hai anak Adam, solatlah keranaKu dua rakaat dhuha pada awal hari, nescaya Aku jamin (kesejahteraanmu) hingga akhir hari tersebut’.” – (Hadis Riwayat al-Tabarani)
Terdapat juga hadis mengenai pelaksanaan solat ini sebanyak lapan rakaat;
“Riwayat daripada Ummu Hani r.a katanya (maksudnya): ‘Bahawa Rasulullah bersolat Duha sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan kota Makkah. Baginda mengucap salam setiap kali selesai dua rakaat.” – (Hadis Riwayat Abu Daud)
Manakala, solat dhuha sebanyak 12 rakaat pula adalah berdasarkan kepada hadis berikut:
“Daripada Ibn Umar r.a., katanya, ‘Aku berkata kepada Abu Dzar, Hai, pakcik, berikan nasihat kepada saya’. Jawabnya, ‘Pertanyaanmu itu sama seperti pertanyaanku kepada Rasulullah SAW’. Lalu Banginda menjawab (maksudnya):
‘Jika anda laksanakan solat dhuha dua rakaat nescaya anda tidak akan ditulis di kalangan orang yang lalai. Jika anda laksanakan solat dhuha empat rakaat, nescaya anda ditulis di kalangan Abidin, jika anda laksanakan solat dhuha enam rakaat nescaya anda tidak diikuti dengan dosa dan jika anda laksanakan solat dhuha lapan rakaat nescaya anda ditulis di kalangan Qanitin (sentiasa berdiri untuk beribadat).
Manakala seandainya anda laksanakan solat dhuha 12 rakaat nescaya dibinakan untuk anda istana di dalam syurga. Setiap tempoh masa, baik siang, malam, atau saat-saat tertentu Allah sentiasa menghulurkan sedekah kurniaNya kepada mana-mana orang yang dikehendakiNya.
Tiada kurnia lain yang sering disebut-sebut oleh Allah terhadap hambaNya, kerana kurniaan amalan zikir (yang berterusan) kepada Allah yang dilakukan olehNya.” – (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Cara mengerjakan solat sunat dhuha adalah seperti berikut:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ الضُّحى رَكَعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.”
Selain membaca surah ini, boleh juga membaca surah-surah lain yang dihafal seperti surah al-Kafirun dan al-Ikhlas kerana tidak terdapat apa-apa surah yang ditetapkan khusus untuk solat sunat ini,
Terdapat juga saranan untuk membaca doa ini ketika sujud terakhir solat sunat dhuha:
وَهَبْ لِي وَهَّابُ عِلْمًا وَحِكْمَةً وَارْزُقْنِي يَا رَزَّاقُ كُنْ لِي مُسَهَّلا
“Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.”
Bacaan doa di akhir sujud ini juga tidaklah menjadi wajib, solat anda tetap sah sekiranya tidak dibacakan doa ini.
Namun tetaplah berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT untuk dikurniakan kebaikan kepada kita.
Selain itu, terdapat juga doa yang digalakkan dibaca selepas selesai solat sunat ini, sebagai permintaan kita agar dimurahkan rezeki pada awal hari tersebut.
اللّهُمَّ إِنَّ الضّحَاءَ ضَحَاؤُك وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُك
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
اللّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْه وَإِنْ كَانَ فِي اْلأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
بِحَقِّ ضَحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ
آتِنِي مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Allah SWT selalu menjadikan setiap ibadah itu berserta kebaikannya yang terlalu banyak. Begitu juga dengan solat pada waktu dhuha ada keistimewaan tersendiri.
Antara kelebihan mendirikan solat sunat ini adalah:
Dengan itu, sujudlah kepada Allah pada waktu dhuha sebagai kesyukuran kita kepada Allah SWT yang Maha Pemberi lagi Pemurah.
Semoga rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati oleh Allah, iaitu rezeki daripada hati kita yang ingin menjadi hampir kepadaNya dan sesekali tidak melupaiNya. Amin.
Selain dari cara solat dhuha ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan panduan solat seperti:
Sumber: