Solat adalah tiang agama yang menjadi kewajipan dan kefardhuan setiap umat Islam. Dalam apa jua keadaan seseorang itu mesti mendirikan solat sekalipun solat dalam kapal terbang.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara mudah dan tepat bagaimana untuk solat dalam kapal terbang.

Solat adalah kewajipan umat Islam

solat dalam kapal terbang

Solat lima waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Magrhrib dan Isyak adalah wajib didirikan kepada semua umat Islam dalam apa jua situasi apa pun dan dalam tempoh waktu yang tertentu. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا

Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” – (Surah Al-Nisa, ayat 103)

Allah SWT juga menjadikan waktu solat itu ada waktu yang khusus untuk ditunaikan. Ini jelas dari firman Allah SWT dalam surah Hud, ayat 114 yang berbunyi:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ

Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang, pada dua bahagian siang, dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Pengertian solat dalam kapal terbang?

Mendirikan sembahyang dalam kapal terbang adalah seseorang yang melaksanaan ibadah solat ketika berada di dalam pesawat atau kapal terbang.

Dalam konteks kapal terbang ini, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan untuk melaksanakan solat. Antaranya adalah:

  • Waktu solat berdasarkan zon waktu tempat
  • Arah kiblat semasa
  • Keselamatan dan keterbatasan kepada diri sendiri dan penumpang lain.
  • Keadah solat

Dalil tentang sembahyang dalam kapal terbang

solat dalam kapal terbang

Dalil mengenai sembahyang dalam kapal terbang ini adalah daripada Ibnu Umar. Katanya, Rasulullah SAW ditanya tentang solat di atas kapal, maka jawab baginda:

“Solatlah di sana dengan berdiri, kecuali apabila engkau takut tenggelam”

– Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Hadis ini juga diterima daripada Abdullah bin Abi ‘Utbah:

Saya menyertai Jabir bin Abdullah, Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah di dalam sebuah kapal. Mereka bersolat sambil berdiri dan berjemaah dengan diimami oleh salah seorang daripada mereka, padahal mereka sedang menghampiri pantai”

Riwayat Said bin Mansur

Bagaimana menentukan arah kiblat dalam penerbangan?

Berada dalam penerbangan biasanya agak sukar untuk kita mencari kiblat kerana keadaan kapal terbang yang sentiasa bergerak.

Umumnya, arah kiblat ini hendaklah ditentukan juga dengan yakin. Seseorang itu hendaklah sekurang-kurangnya menghadap kearah kiblat ketika takbiratul ihram.

Namun sekiranya masih tidak menemui arah kiblat, maka dalam situasi ini perlu dianggarkan arah kiblat yang tepat.

Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Jabir Bin Abdullah RA yang membawa maksud:

Kami pernah solat pada satu malam yang mendung dan tidak mengetahui arah kiblat. Apabila kami solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah kiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah lalu Baginda bersabda, ‘Kamu telah melakukan yang terbaik’. Seterusnya Jabir berkata, ‘Dan Baginda tidak menyuruh kami mengulanginya.” – (Hadis Riwayat Imam Al-Baihaqi)

Bagaimana menentukan waktu solat dalam penerbangan?

Umat Islam boleh merujuk mengenai penentuan waktu solat ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Jika perjalanan tersebut pada waktu malam sehingga melangkui waktu siang, waktu untuk solat subuh boleh diketahui melalui terbitnya fajar dengan kemunculan cahaya semasa keberadaan seseorang itu di dalam kapal terbang.

Manakala solat zuhur dan asar, boleh dilakukan dengan bermulanya waktu zohor dan dijamakkan dengan waktu asar dengan mengambil kira rukhsah permusafiran yang terdapat dalam syarak. 

Waktu zohor bermula apabila tergelincirnya matahari. Adapun solat Maghrib dan Isya, lebih mudah untuk mengetahuinya, iaitu ketika matahari telah terbenam, maka masuklah waktu solat Maghrib.

Pada waktu itu, solat Maghrib boleh dijamakkan dengan isyak dengan jamak taqdim, sebagaimana ditangguhkan solat Maghrib untuk dijama’kan dengan solat isyak dengan jamak takhir.

Justeru, penentuan waktu solat di dalam kapal terbang ini adalah tergantung kepada keberadaan pesawat ketika itu dan keadaan matahari.

Bolehkah solat hormat waktu dalam kapal terbang?

Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad bin Salim menjelaskan dalam kitab Taqrirat as-Sadidah:

وَمِثْلُ ذٰلِكَ الصَّلَاةُ فِي الطَّائِرَةِ، فَتَجُوزُ مَعَ الصِّحَّةِ صَلَاةَ النَّفْلِ، وَأَمَّا صَلَاةُ الْفَرْضِ إِنْ تَعَيَّنَتْ عَلَيهِ أَثْنَاءُ الرِّحْلَةِ وَكَانَتِ الرِّحْلَةُ طَوِيلَةٌ، بِأَنْ لَمْ يَسْتَطِعِ الصَّلَاةَ قَبْلَ صُعُودِهَا أَوْ إِنْطِلَاقِهَا أَوْ بَعْدَ هُبُوطِهَا فِي الْوَقْتِ، وَلَوْ تَقْدِيمًا أَوْ تَأْخِيرًا، فَفِي هٰذَا الْحَالَةِ يَجِبُ عَلَيهِ أَنْ يُصَلِّيِ لِحُرْمَةِ الْوَقْتِ مَعَ اسْتِقْبَالِ الْقِبْلَةَ وَفِيهَا حَالَتَانِ: 1. إِنْ صُلِّيَ بِإِتْمَامِ الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ: فَفِي وُجُوبِ الْقَضَاءِ عَلَيهِ خِلَافٌ، لِعَدَمِ اسْتِقْرَارِ الطَّائِرَةَ فِي الْأَرْضِ وَالْمُعْتَمَدِ أَنَّ عَلَيهِ الْقَضَاءَ 2 – وَإِنْ صَلَّى بِدُونِ إِتْمَامُ الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ أَوْ بِدُونِ اسْتِقْبَالَ الْقِبْلَةَ مَعَ الْإِتْمَامِ فَيَجِبُ عَلَيهِ الْقَضَاءُ بِلَا خِلَافٌ

Maksudnya: “Seperti hal demikian solat di dalam kapal terbang, melakukannya dibolehkan pada solat sunat. Sedangkan pada solat fardhu, jika dia hanya mampu melakukan di tengah perjalanan kerana perjalanan jauh dan ia tidak mampu melaksanakan solat pada waktunya, sama ada sebelum atau selepas mendarat kapal terbang, meskipun dengan cara jamak taqdim atau takkhir, maka dalam keadaan demikian wajib baginya untuk solat hormat waktu dengan tetap menghadap ke arah kiblat.”

Cara solat dalam kapal terbang

solat dalam kapal terbang

1. Berusaha selagi mampu untuk mencari tempat bersolat dengan sempurna.

2. Bertanya kepada anak kapal ruang solat yang disediakan.

3. Solat di tempat duduk sendiri (Sekiranya tiada tempat khusus). Pastikan sujud ditunduk lebih rendah daripada rukuk.

4. Jika terdapat dua pilihan iaitu solat secara sempurna tetapi tidak dapat menghadap kiblat serta  solat menghadap kiblat tetapi dengan kaedah duduk. Maka hendaklah seseorang itu solat menghadap kiblat meskipun solat secara duduk.

5. Sekiranya pesawat bergoyang, dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar bagi mengimbangi diri.

6. Sekiranya sedang berdiri dan pesawat bergoyang dipertengahannya, maka teruslah solat dalam keadaan duduk sehingga habis tanpa perlu dimulakan semula.

7. Jika goyangan pesawat adalah keterlaluan sehingga  keluar tanda “Pasang tali pinggang keselamatan” atau “Fasten seat belt”, maka sebaiknya duduk dahulu dan bersolatlah kemudian apabila suasana kembali tenang.

Berikut adalah penjelasan cara solat dalam kapal terbang dengan lebih jelas melalui gambaran video:

Hikmah disyariatkan solat dalam kapal terbang

Salah satu hikmah disyariatkan sembahyang dalam kapal terbang adalah untuk memenuhi kewajiban agama umat Muslim, tidak kira lokasi atau situasi di mana mereka berada.

Berikut adalah beberapa hikmah pentingnya sembahyang dalam kapal terbang:

1. Menjaga ketaatan kepada Allah

Solat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Dalam situasi di mana seseorang berada di dalam kapal terbang, solat tetap harus dilaksanakan sebagai bentuk ketaatan kepada Allah.

2. Menguatkan hubungan dengan Allah

Solat adalah bentuk berkomunikasi langsung dengan Allah. Melakukan solat di dalam kapal terbang membantu umat Muslim memperkuat ikatan spiritual mereka dengan Allah, mengingatkan mereka pada kebesaran Nya dan memberikan kekuatan serta ketenangan dalam perjalanan yang mungkin penuh dengan ujian.

3. Menghargai waktu

Kapal terbang adalah salah satu pengangkutan yang memakan waktu cukup lama untuk sampai. Dalam perjalanan yang panjang ini, solat memberikan umat Muslim kesempatan untuk menggunakan waktu dengan lebih produktif dan bermanfaat.

Melakukan solat secara teratur mengajarkan penghormatan terhadap waktu yang telah diberikan Allah dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

4. Mengajarkan tentang disiplin diri

Solat memerlukan disiplin dalam menjalankan serangkaian gerakan dan waktu yang telah ditentukan.

Dalam kapal terbang, di mana ruang dan keadaan yang terbatas, umat Muslim perlu menjaga disiplin diri mereka untuk melaksanakan solat dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, pentingnya solat dalam kapal terbang adalah bahagian dari keseluruhan konsep Islam yang mendorong umat Muslim untuk melaksanakan ibadah mereka di mana pun mereka berada.

Solat juga memainkan peranan penting dalam membentuk karakter, spiritualiti, dan kehidupan seorang Muslim, termasuk dalam situasi perjalanan yang tidak biasa seperti di dalam kapal terbang.

Selain dari cara solat dalam kapal terbang ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan ibdah solat fardhu dan sunat seperti:

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-53: Solat Di Atas Kapal Terbang: Hukum dan Caranya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #774: Solat Dalam Kapal Terbang. Maktabah Al Bakri
  3. Panduan Solat Menghormati Waktu Dalam Pesawat. JAKIM

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.