Smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2000 memang banyak dan rata-rata mempunyai spesifikasi dan prestasi yang baik. Bukan sekadar untuk kegunaan harian, malah terbaik untuk menonton filem, bermain permainan video yang berat, bergambar dan sebagainya.

Bajet anda ada RM 2000? Jom tengok 10 smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2000 yang terkini dan menjadi tumpuan kami. Jangan rambang mata untuk memilihnya. Pilihlah mengikut bajet dan kegunaan yang anda mahukan.

Poco F5

Poco F5 salah satu smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2000 yang dikuasakan oleh Snapdragon 7+ Gen 2 dan menyokong 5G dan berasaskan Android 13. Prestasi sangat baik, sesuai untuk penggunaan harian, bermain game, menonton movie dan sebagainya.

Terdapat dua pilihan storan bermula 256GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM serta 256GB ROM dipadankan dengan 12GB RAM. Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan Dynamic RAM Expansion 3.0. Peranti bersaiz 6.67 inci ini menggunakan paparan AMOLED FHD+ dengan 120Hz kadar segar semula.

Kamera utama berkualiti dengan 64MP OIS, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro. Rakaman video menyokong 4k OIS dan EIS. Kapasiti bateri juga besar dengan 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W. Nak guna peranti seharian tanpa cas memang baik.

Ianya sesuai untuk bermain game kerana dilengkapi teknologi LiquidCool 2.0 yang mengelakkan isu overheating jika bermain dalam tempoh yang lama.

Samsung Galaxy A54 5G

Samsung Galaxy A54 dikuasakan oleh Exynos 1380 dengan GPU Mali-G68 dengan sistem operasi One UI.51 berasaskan Android 13. Peranti ini mempunyai dua pilihan storan iaitu 128GB ROM dan 8GB RAM serta 256GB ROM dan 8GB RAM. Kad mikro SD boleh ditambah sehingga 1TB.

Peranti 6.4 inci yang bersaiz poket ini menggunakan paparan Super AMOLED, FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz untuk prestasi yang lancar. Dengan 5000mAh kapasiti bateri menyokong 25W pengecasan pantas. Anda boleh melakukan sebarang aktiviti pada peranti dalam masa yang panjang.

Dari sudut kamera juga tidak mengecewakan dengan 50MP kamera utama, 12MP kamera ultra lebar dan 5MP kamera makro. Kamera swafoto juga cantik. Mana tidaknya, kamera hadapan 32MP.

Peranti ini juga tahan debu dan kalis air IP67. Selain itu, Samsung Galaxy A54 menyokong 5G, ciri NFC, penggunaan USB-C dan ada ciri sensor cap jari.

Realme 11 Pro Plus

Tengok dari reka bentuk Realme 11 Pro Plus memang kelihatan memukau dan premium. Di belakang panel, terdapat satu bulatan untuk kamera yang besar pada permukaan panel yang diperbuat daripada Soft-Touch Leather. Sudah pasti, salah satu perkara menarik yang ditawarkan adalah dari segi kualiti kamera.

Kamera utama dengan 200MP, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro. Guna kamera hadapan untuk swafoto memang memuaskan dengan 32MP tau! Paling best, peranti ini lengkap dengan ciri OIS Superzoom yang membolehkan pengguna mendapat hasil gambar yang jelas dan cantik walau dari jarak jauh.

Realme 11 Pro Plus menggunakan cipset MediaTek Dimensity 7050 berasaskan Realme UI 4.0 yang menggunakan Android 13 sebagai sistem operasinya. Selain itu, paparan AMOLED digunakan dengan 120Hz kadar segar semula. Storan juga besar dengan 512GB ROM dengan 12GB RAM. Tak cukup dengan itu, menggunakan boleh selaraskannya sehingga 12GB RAM tambahan lagi.

Kapasiti bateri juga sangat baik dengan 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W. Anda boleh mengecas semula peranti dalam masa yang singkat. Peranti ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Oasis Green dan Sunrise Beige.

Vivo V29 5G

Vivo V29 5G juga antara pilihan smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2000 yang sangat berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan. Cipset yang digunakan padu dengan Snapdragon 778G.

Menggunakan paparan AMOLED, kadar segar semula peranti bersaiz 6.78 inci ini adalah 120Hz. Tiada masalah lag untuk membuka sebarang aplikasi. Kualiti kamera juga baik dengan 50MP kamera utama dan kamera selfie. Anda boleh berswafoto dengan lebih yakin tanpa sebarang filter dengan Vivo V29! Tak cukup dengan itu, dengan ciri Aura Light 2.0 yang berfungsi seakan ring light , anda dapat menghasilkan gambar yang cantik dan cerah walaupun dengan keadaan cahaya yang malap.

Menyokong 80W pengecasan pantas dengan penggunaan USB-C, kapasiti bateri yang dibekalkan adalah 4600mAh. Nak cas penuh hanya memerlukan 45 minit sahaja!

Pembeli turut mempunyai dua pilihan storan iaitu 256GB ROM dipadankan dengan 8G RAM serta 512GB ROM dipadankan dengan 12GB RAM.

Xiaomi 13T

Dikategorikan sebagai smartphone flagship terbaik untuk tahun ini, Xiaomi 13T dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 8200 Ultra (4nm). Berasaskan MIUI 14, peranti ini menyokong penggunaan Android 13.

Storan yang dibekalkan sebanyak 256GB ROM dan 12GB RAM. 5000mAh kapasiti bateri pasti memuaskan dan pasti bertahan untuk seharian. Ianya turut menyokong 67W pengecasan pantas yang mampu memenuhkan sehingga 100% dalam masa 42 minit sahaja.

Skrin bersaiz 6.67 inci ini menggunakan paparan AMOLED dengan kadar segar semula yang lebih lancar iaitu 144Hz. Kadar kecerahan pula boleh mencecah 2600 nits! Bunyi audio sangat baik kerana didatangkan dengan stereo speaker.

Dari sudut kamera, kamera utama dengan 50MP IOS, 50MP kamera telefoto dan 12MP kamera ultra lebar. Dengan ciri LEICA, pengguna dapat menghasilkan gambar yang lebih cantik dan tajam.

Oppo Reno 10 5G

Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7050, Oppo Reno 10 menggunakan Android 13 sebagai sistem operasinya berasaskan ColorOS 13.1. Mereka menawarkan 256GB storan dipadankan dengan 8GB RAM.

Kualiti kamera lebih baik dengan 64MP kamera utama, 32MP kamera telefoto dan 8MP kamera ultralebar. Kamera hadapan juga tidak mengecewakan dengan 32MP. Pasti lebih cantik untuk swafoto.

Skrin bersaiz 6.7 inci menggunakan paparan FHD+ OLED dengan 120Hz kadar segar semula. Peranti ini sangat ringan dengan jisimnya 185 gram sahaja. Sesuai untuk diletakkan di dalam poket. Kapasiti bateri juga besar dengan 5000mAh serta menyokong pengecasan pantas 67W SuperVOOC.

Selain itu, Oppo Reno 10 turut mempunyai sensor cap jari, stereo speaker untuk sistem audio yang baik, menyokong NFC dan pengguna boleh mengembangkan kapasiti storan.

HONOR 90

Anda boleh dapatkan HONOR 90 dengan harga bawah RM 2000 dengan kapasiti storan 256GB ROM dan 12GB RAM. Cipset juga padu kerana menggunakan Snapdragon 7 Gen 1. Dengan siri Accelerated Edition, prestasi lebih baik dan pengguna boleh menggunakannya untuk bermain permainan video yang berat.

Jika anda mahukan peranti yang mempunyai kualiti kamera yang baik, pilih saja HONOR 90 kerana kamera utama 200MP, kamera ultralebar 12MP dan depth 2MP. Pengguna dapat menghasilkan gambar yang lebih jelas dan cantik walaupun di zoom dengan jarak yang jauh.

Dengan 5000mAh kapasiti bateri, ianya menyokong pengecasan pantas 66W. Pengguna boleh mengecas sehingga 45% dalam masa 15 minit sahaja. Peranti bersaiz 6.7 inci dengan paparan AMOLED menyokong 120Hz kadar segar semula.

Vivo V27

Vivo V27 boleh dikategorikan sebagai smartphone flagship yang menawarkan prestasi yang mantap. Ia dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7200 serta 256GB ROM dan 8GB RAM dibekalkan untuk storan.

Dengan paparan 6.7 inci AMOLED dengan Full HD+, 120Hz kadar segar semula ditawarkan untuk prestasi yang lebih baik. Sama dengan Vivo V29, Vivo V27 juga mempunyai 4600mAh kapasiti bateri dan menyokong 66W pengecasan pantas.

Hadir dengan 50MP kamera hadapan, 50MP kamera utama OIS, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro, ia turut didatangkan dengan ciri mod malam, HDR, AI-Sine Ditection dan sebagainya. Reka bentuknya juga menarik dengan panel belakang yang diperbuat daripada matte.

Oneplus Nord 3

Ini juga pilihan smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2000! Oneplus Nord 3 dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 9000. 256GB ROM dan 16GB RAM dibekalkan pada peranti ini. Memang besar untuk memuatkan pelbagai fail, gambar, movie mahupun permainan video yang berat.

Skrin 6.74 inci ini menggunakan paparan AMOLED dengan 120Hz kadar segar semula. Kamera utama 50MP OIS, 8MP kamera ultra lebar, 2MP depth dan 16MP swafoto dapat menghasilkan gambar yang lebih cantik, tajam dan jelas.

Kapasiti bateri juga besar dan sesuai untuk penggunaan seharian tanpa charge dengan 5000mAh. Ia turut menyokong 80W pengecasan pantas. Stereo speaker yang ada dapat menghasilkan audio yang jelas dan smooth.

Nothing Phone 1

Pasti ramai yang masih tak tahu tentang jenama telefon bimbit ini. Namun percayalah prestasinya sangat baik sesuai dengan harganya.

Tengok dari segi reka bentuk luaran sangat memukau dengan panel belakang semi lutsinar dan cahaya lampu Glyph Light Interface yang menyerlah. Lampu ini akan bernyala apabila terdapat notifikasi, ketika pengecasan dan boleh dijadikan sumber cahaya untuk bergambar pada waktu malam.

Cipsetnya memang padu dengan Snapdragon 778G+ dengan GPU Adreno 642L. Berasaskan Nothing OS 2.0, Nothing Phone 1 menggunakan Android 12 sebagai sistem operasinya dan boleh di naik taraf kepada Android 13.

Kamera utama didatangkan dengan 50MP, 50MP kamera ultra lebar manakala 16MP untuk kamera swafoto. Kualiti gambar semestinya cantik dan tajam. Kapasiti bateri juga besar dan memuaskan dengan 4500mAh dengan 33W pengecasan pantas yang mampu memenuhkan bateri 100% dalam masa 70 minit sahaja.

Apa yang lebih menarik, anda boleh menjadikan peranti Nothing Phone 1 sebagai powerbank! Memang lain dari yang lain. Pembeli mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Xiaomi Redmi Note 12 Pro Plus

Salah satu kelebihan Redmi Note 12 Pro Plus terletak pada kualiti kameranya yang lebih menyerlah walaupun harganya bawah RM 2000 sahaja. Kamera utama dengan 200MP, 8MP kamera ultra lebar dan 2MP kamera makro. Namun resolusi kamera selfie sedikit rendah dengan 16MP sahaja namun tidak mengecewakan.

Kapasiti bateri besar dan jangan hayat mampu bertahan lama dengan 5000mAh. Ia menyokong 120W pengecasan pantas yang mampu memenuhkan dari 0% hingga 100% dalam masa 19 minit sahaja! Memang pantas dari smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2000 yang lain.

Smartphone 6.67 ini menggunakan skrin OLED dengan paparan HDR10+ bersama Dolby Vision. 120Hz kadar segar semula menjadikan sistem operasi berjalan dengan lancar. Kadar kecerahan pula mencecah 900 nits.

Redmi Note 12 Pro Plus dikuasakan oleh Mediatek MT6877V Dimensity 1080 berasaskan MIUI 13 dengan sistem operasi Android 12. Dari segi bunyi memang smooth dan jelas kerana hadir dengan stereo speaker.

Realme X7 Pro

smartphone terbaik malaysia bawah rm2000

Realme X7 Pro adalah salah satu model smartphone yang bagus tetapi tidak dipasarkan secara rasmi di Malaysia. Perkara yang menarik mengenai smartphone Realme X7 Pro adalah dilengkapi dengan skrin AMOLED dengan 120Hz, pengecasan pantas 65W dan chipset MediaTek Dimensity 1000 plus.

Smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000 ini didatangkan dengan pilihan RAM 6GB (Storan 128GB) dan 8GB (Storan 256GB). Kamera selfienya menggunakan kamera 32MP dan kamera belakangnya menggunakan quad kamera yang kamera utamanya 64MP, kamera sudut lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP.

Sudah jumpa pilihan smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2000 yang berkenan di hati? Pasti sukar untuk memilihnya kerana setiap model mempunyai kelebihan dan keunikan pada perantinya. Cadangan kami, pilihlah mengikut bajet dan tujuan penggunaannya.

Kami juga ada menulis artikel lain berkenaan dengan peranti pintar seperti smartphone terbaik 2024 Malaysia dan tablet terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.