Ramai yang tercari resepi shell tart untuk buat kuih tart. Walaupun sudah ada shell tart yang sedia ada tinggal beli di kedai namun terkadang buat sendiri lebih yakin bebas bahan kimia, berbaloi dan puas.

Memandangkan hal tersebut maka kami tuliskan resepi shell tart yang boleh diguna untuk apa-apa sahaja jenis tart. Rupanya senang sangat buat dia. Hanya dengan menggunakan marjerin, gula kastor, telur, tepung, dan sedikit esen vanilla.

Menyediakan adunan pula tidak perlu terlalu kembang. Hanya sekadar sebati sahaja maknanya anda tidak perlu alat untuk menyediakan adunan. Resepi dikongsikan oleh Hlinda Hlinda di laman Facebook. Acuan yang diguna ialah saiz 4.5 cm. Adunan yang didapat sebanyak 110 – 115 biji. Selamat mencuba.

Resepi Shell Tart Homemade

 

shell tart

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gram majerin,
  • 100 gm gula kastor,
  • 1 biji telur tidak kisah gred apa,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 500 gm tepung gandum.

Cara-cara :

  1. Satukan marjerin, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Tidak perlu kacau sehingga kembang. Hanya sekadar sebati.
  2. Selepas adunan No. 1 sebati boleh masukkan tepung. Gaul sehingga sebati. Jika lembik dan melekat di jari boleh masukkan sedikit lagi tepung.
  3. Bakar dalam suhu 170°C selama 20 minit. Guna api atas bawah.
  4. Untuk tahu shelltart sudah masak atau belum, cuba terbalikkan acuan. Jika shelltart tidak boleh keluar dari acuan bermakna shelltart tidak masak. Bole tambah lagi masa. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Siap.

    shell tart

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain shelltart, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.