Perkongsian resepi kali ini akan dibawakan kepada anda satu menu paling mudah dan sedap. Resepi berikut ini ialah menggunakan bahan asas daging. Sesiapa ada daging di rumah dan masih bingung mahu masak apa, jom cubakan resepi ini.

Nama resepi mudah ini ialah daging goreng sos tiram. Sos tiram digunakan sebagai bahan untuk perapan daging terlebih dulu kemudian daging digoreng dengan bawang, cili padi, halia, kayu manis dan lain-lain sehingga rempah meresap ke dalam daging.

Daging masak sos tiram ialah menu yang cukup mudah untuk disediakan. Apalagi jika anda guna daging yang lembut, cepat masak daging tersebut, lagilah mudah buat resepi ini.

Daging masak sos tiram sedap dimakan dengan nasi putih sebagai lauk makan tengah hari. Lemak dan aroma daging berbaur dengan rempah pilihan membuat hidung berjoget ria. Jom cubakan resepi daging goreng sos tiram daripada Sharmawati Abu Hassan yang berkongsikan resepi di laman Facebook.

Resepi Daging Goreng Sos Tiram

daging sos tiram

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging (dipotong nipis),
  • Bawang Holland,
  • Cili padi,
  • Bunga lawang,
  • Kayu manis,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Kacang panjang/carrot.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bersihkan daging dan diperap dahulu dengan sos tiram, kicap manis, serbuk kunyit dan garam.
  2. Seterusnya goreng dahulu daging hingga lembut dan garing.
  3. Kemudian baru masukkan semua bahan-bahan tadi dan dimasak bersama daging. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain daging goreng sos tiram, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.