Kali ini kami datangkan resepi tradisi talam sagu ubi yang senang sangat. Ramai yang inginkan resepi bukan? Tapi tidak dapat sukatan dan gambaran tepat.

Buat talam sagu ubi susah-susah senang sebenarnya tapi jika tahu resepi sukatan bahan dan resepi yang tepat semua jadi senang. Oleh kerana itu kami datangkan resepi talam sagu ubi daripada pakarnya iaitu ‎Siti Nor Hafizah Kasmani yang telah berkongsi di laman Facebook.

Talam sagu ubi terdapat tiga lapis iaitu lapisan hijau, kuning dan merah. Tidak sama macam talam biasa yang hanya ada satu atau dua lapis sahaja. Adakah anda pernah makan talam sagu ubi? Jika belum, jom cuba resepi di bawah.

Resepi Talam Sagu Ubi

talam sagu ubi

Imej via Facebook

Bahan Lapisan Hijau :

  • 1 cawan sagu direndam sekejap sahaja, toskan.
  • ½ cawan gula,
  • ¾ cawan santan kotak,
  • Pewarna hijau.

Cara :

Bahan digaul sebati dan rata. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastik dan kukus selama 20 minit.

Bahan Lapisan Kuning :

  • 2 cawan ubi kayu yang telah diparut. Bilas dan buang air ubi kayu tersebut. Tapis untuk hilangkan mabuk.
  • 1 cawan santan kotak,
  • ¾ cawan gula,
  • Pewarna kuning.

Cara :

Gaul sebati dan tuang ke atas lapisan hijau. Kukus 25 minit.

Bahan Lapisan Merah :

  • 1 cawan sagu direndam sekejap sahaja dan toskan.
  • ½ cawan gula,
  • ¾ cawan santan kotak,
  • Pewarna merah.

Cara :

  1. Gaul sebati dan tuang ke atas lapisan kuning. Kukus selama 30 atau 40 minit.
  2. Setelah sejuk boleh dipotong dan digaul bersama kelapa parut dan sedikit garam.

Mudah bukan? Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain talam sagu ubi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.