Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Sambal Hijau Berlado (Sesuai UntukSemua Lauk)

Sambal hijau berlado biasanya dimasak untuk dimakan bersama ikan goreng garing seperti keli goreng berlado hijau, atau ikan talapia goreng, bahkan ada…

ResepiDikemas kini 19 November 2020oleh Rahayu Z
Sambal hijau berlado dimasak dengan cili hijau dan bahan kisar dalam pinggan

Sambal hijau berlado biasanya dimasak untuk dimakan bersama ikan goreng garing seperti keli goreng berlado hijau, atau ikan talapia goreng, bahkan ada pula masak ayam berlado hijau. Sambal berlado hijau memiliki kelazatan sendiri yang berbeza dengan sambal merah umumnya. Sambal berlado sentiasa akan menambah wangi aroma masakan. Makin berselera pula makan dibuatnya. Jika anda teringin masak sambal hijau berlado yang lazat punya, resepi Afy AL Habibi lah jawapnya. Resepi ini dapat perkongsian ramai dan komen positif di Facebook. Mungkin anda boleh cuba hidangkan sambal hijau berlado hari ini. Bahkan dimasak dengan telur mata pun sedap juga.

Resepi Sambal Hijau Berlado

Sambal hijau berlado yang pedas dan menggugah selera

Imej via Facebook

Bahan kisar A :

  • 4 ulas bawang merah (saiz syiling 20 sen),
  • 3 ulas bawang putih,
  • 7 ekor ikan bilis,
  • Secubit belacan.

Bahan kisar B :

  • 5 tangkai cili hijau
  • Dua genggam cili padi hijau (untuk sambal rasa lebih ‘kick’).

Cara-cara:

  1. Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi (minyak sekali guna).
  2. Kemudian tumiskan bahan kisar A sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan pula bahan kisar B. Biarkan cili masak sempurna.
  4. Masukkan pula sekeping asam.
  5. Barulah ditambahkan separuh kecil nise atau gula melaka.
  6. Masukkan sedikit air jika perlu.
  7. Perasakan dengan garam gula atau perasa mengikut citarasa sendiri.
  8. Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.

Resepi Menarik Lain

Selain sambal hijau berlado, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.