‎Menghimbau nostalgia waktu zaman kecik-kecik. Selalunya orang dulu-dulu suka masak lempeng pisang. Kalau zaman sekarang lempeng pisang dapat dijumpai di pasar-pasar malam.

Lempeng pisang ialah kuih tradisional masyarakat Melayu. Lempeng pisang bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Namun adunan lempeng pisang diperbuat daripada pisang yang dilenyekkan bersama tepung gandum kemudian selalunya dimasak diatas kuali leper.

Kalau zaman dulu memasak lempeng ialah dengan cara dibakar atas sabut. Zaman sekarang pula dibakar di atas magic pan sahaja. Seperti resepi lempeng pisang yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di Facebook. Hal ini tentunya lebih memudahkan anda yang tidak boleh membakar menggunakan sabut.

Jenis pisang yang sesuai untuk dijadikan lempeng ialah pisang berangan. Kerana rasanya yang manis dan lembut. Tanpa tunggu lama. Mari tengok resepinya di bawah ini. Hidangkan lempeng pisang kepada keluarga anda sebagai camilan minum petang-petang. Selamat mencuba.

Resepi Lempeng Pisang Berangan

lempeng pisang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Seikat pisang berangan
  • Daun pisang
  • 4 sdb tepung gandum
  • 1 1/2 sudu gula pasir
  • 1 sudu gula merah
  • 2 sdb tepung ubi
  • Kelapa parut

Cara-cara :

  1. Lecek pisang dan masukkan tepung. Kacau bagi sebati.
  2. Panaskan pan.
  3. Letakkan daun pisang di atas pan. Bahagian yang disapu minyak di bahagian atas.
  4. Tuang adunan dan ratakan nipis.
  5. Letakkan sehelai lagi daun pisang pada bahagian atas.
  6. Terbalikkan lempeng. Biarkan selama 15 minit atau sehingga lempeng betul-betul masak.
lempeng pisang

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi lempeng pisang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.