Sambal cicah thai sedap dijadikan gandingan makan dengan daging bakar. Rasa yang pedas masam manis sepadan dimakan dengan daging bakar pedas pula. Tambahan pula aroma hidangan jadi makin wangi dan merangsang selera.

Afy AL Habibi berkongsikan resepi sambal thai cicah daging bakar di laman Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian ramai dari pengikut di Facebook. Sambal cicah thai gerenti disukai oleh semua orang. Selain dimakan dengan daging bakar, sambal ini sedap pula dimakan dengan ayam goreng atau bakar. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Cicah Thai Daging Bakar Meraung

sambal pencicah thai daging bakar meraung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 tangkai cili merah,
  • 4 tangkai cili padi hijau,
  • Sehiris nipis halia,
  • 1 relung kecil nise/gula melaka,
  • 4 sudu besar sos ikan.

Cara-cara :

  1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong. Masukkan dalam mangkuk.
  2. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon.
  3. Tambahkan juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
  4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa. Kacau.
  5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.

Siap dimakan dengan daging bakar ala Thai.

Resepi Menarik Lain

Selain sambal cicah thai daging bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.