Ayuh kenali gerangan Saffiyah binti Abdul Mutalib.

Saffiyah  binti Abdul Muttalib lahir pada tahun 569 M. Ibunya pula bernama Halah binti Wuhab  iaitu isteri keempat Abdul Muttalib,

Beliau merupakan  saudara kandung seibu sebapa dengan Saidina Hamzah, juga kakak kepada ibu Nabi Muhammad SAW, Aminah Binti Wahab. Jadi Saffiyah juga adalah ibu saudara Nabi Muhammad SAW. 

Safiyyah membesar sebagai seorang anak yatim setelah Abdul Muttalib meninggal ketika umurnya 10 tahun dan Saidina Hamzah setahun lebih muda daripadanya.

Ibu kepada Zubayr al-Awwam yang Handal

Diriwayatkan semasa zaman Jahiliyah, Safiyyah berkahwin dengan al-Harith bin Harb, yang juga saudara kepada Abu Sufyan. Selepas suaminya meninggal dunia, beliau berkahwin pula dengan Al- Awwam bin Khuwailid, iaitu abang kepada  Saidatina Khadijah.

Hasil daripada perkahwinan ini,  Safiyyah mendapat tiga orang anak iaitu az-Zubayr, as-Saib dan Abdul Kaabah.  Namun Al-Awwam meninggal dunia ketika anak-anaknya masih kecil dan Safiyyah membesarkan ketiga-tiga orang anaknya itu sendiri dengan penuh susah payah.

Namun Safiyyah binti Abdul Muttalib merupakan sosok seorang ibu tunggal yang tegas dan berdisiplin dalam mendidik anak-anaknya. Sehinggakan beliau berjaya menjadikan anak-anaknya para lelaki yang gagah dan berani.

Anaknya yang paling menonjol adalah Al-Zubayr bin Awwam, yang merupakan seorang sahabat besar dan kepercayaan Rasulullah SAW. Al-Zubayr telah diberi kepercayaan oleh Rasulullah dalam pelbagai peperangan besar, selain misi penting ke Habsyah dan memimpin kumpulan awal berhijrah ke Madinah. Al-Zubayr bin Awwam juga diangkat sebagai pembantu Baginda dan digelar ‘Al-hawariyyu’. 

Ali bin Abi Talib berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Bagi setiap nabi ada pembantunya (hawariyyu). Pembantu (hawariyyu) bagiku ialah al-Zubair bin al-‘Awwam.”

Wirawati Perang Yang Berani

Sewaktu Rasullullah SAW mula menyebarkan wahyu, Safiyyah juga menjadi yang  terawal menyahut seruan dengan memeluk Islam. 

Beliau juga merupakan wanita pertama yang mengangkat senjata di medan perang.  Saffiyah juga adalah peranan utama dalam membantu merawat para tentera muslimin yang cedera dalam berperang.

Semasa  Perang Uhud pada tahun 625 M, Safiyyah sudah berumur 56 tahun. Namun usia bukanlah penghalangnya untuk mara dalam memerangi musuh bersama-sama Rasulullah SAW. Safiyah sedikit pun tidak gentar berhadapan dengan musuh.   Keberanian Saffiyah sangat luar biasa lantaran turut  menyertai Perang Khandaq pada 627 M, dan   Perangan Khaibar pada tahun 629 M.

Bahkan beliau sangat dihormati dan digeruni dalam kalangan pahlawan lain kerana kecekapannya bersenjata dan seorang yang pemberani. Safiyah merupakan  antara wanita Muslimin yang pertama membunuh kaum Musyrikin.

Dalam Perang Khandaq seorang lelaki bernama Hassan telah disuruh oleh Rasulullah untuk berada di khemah  bersama-sama kaum wanita dan kanak-kanak. Ini kerana Hassan seorang yang kurang Mereka semua berada sebuah benteng benteng di Madinah.

Dengan tiba-tiba terdapat seorang lelaki Yahudi memanjat benteng tersebut. Lalu Safiyyah meminta Hassan menghalang lelaki Yahudi itu dan membunuhnya. Ketika itu juga Rasulullah dan para tentera lain sedeng sibuk berpeang.

Namun Hassan menolak kerana tidak berani melakukannya. Selepas beberapa kali Hassan menolak, Lalu Safiyyah sendiri mengambil sebatang kayu dan memukul lelaki Yahudi tersebut sehingga mati.

Saffiyah Wanita Tabah Yang Luar Biasa

Begitu juga semasa Peperangan Uhud, sewaktu pasukan tentera muslim semakin hilang arah dan ada yang mahu mundur, Saffiyah tetap teguh dengan kedudukannya sambil di tangannya menggenggam kayu dan memukul para tentera  yang ingin  mundur dari peperangan.

Beliau  melaungkan dengan penuh lantang dan berani, “Kalian hendak meninggalkan Rasulullah SAW?”

Bahkan sewaktu mengetahui akan keadaan adiknya, Hamzah bin Abdul Muththalib yang telah gugur syahid berada dalam keadaa yang menghibakan, Saffiyah menonjolkan tahap kesabaran yang sungguh tak terduga dan ketabahan yang sangat agung.

“Pada hari terbunuhnya Hamzah, Zubayr menemuiku dan berkata, “Wahai ibunda sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh ibu agar kembali.” Sungguh telah sampai kepadaku tentang dicincangnya saudaraku, namun dia syahid kerana Allah. Kami sangat reda dengan apa yang telah terjadi, sungguh aku akan bersabar dan tabah, insya Allah. Setelah Zubayr  memberitahukan kepada Rasulullah SAW tentang keadaanku, Baginda bersabda: “Berilah jalan baginya.” Maka, aku mendapatkan Hamzah dan tatkala aku melihatnya aku berkata, ‘Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un’, kemudian aku mohonkan ampun baginya setelah itu Rasulullah SAW memerintahkan untuk menguburkannya.

Ibu Saudara Kesayangan Rasulullah SAW

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi ibu saudaranya itu. Dalam setiap rampasan peperangan, Baginda selalu menyediakan bahagian yang banyak untuk Saffiyah. Sewaktu turun ayat;

“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.” (asy-Syura: 214).Baginda bersabda: “Hai Fatimah binti Muhammad, hai Safiyyah binti Abdul Muththalib, wahai Bani Abdul Muthallib aku tidak kuasa menolong kalian dari seksa Allah. Mintalah kepadaku apa saja yang ada padaku.”

Bahkan Saffiyah sendiri sangat menyayangi Rasulullah SAW sejak Baginda lahir lagi, sehinggakan menjadi pengikut Nabi yang paling setia.

Penyair Wanita Bani Hasyim

Dalam ketegasannya sebagai wanita yang kuat dan teguh peribadinya, Saffiyah juga seorang wanita yang bijak dalam ilmu kesusasteraan dan bahasa. Beliau merupakan seorang penyair wanita dari keluarga Bani Hasyim.

Terdapat syair yang diciptakannya untuk Rasulullah SAW;

“Wahai mata, tumpahkanlah air mata dan janganlah tidur

Tangisilah sebaik-baik manusia yang telah tiada

Tangisilah aI-Musthofa dengan tangisan yang sangat

Yang merasuk ke dalam hati laksana terkena pukulan

Nyaris aku tinggalkan hidup tatkala takdir datang padanya

Yang telah digariskan dalam Kitab yang mulia

Sungguh beliau pengasih kepada sesama hamba

Rahmat bagi mereka dan sebaik-baik pemberi petunjuk

Semoga Alah meridhainya tatkala beliau hidup dan mati

Dan membalasnya dengan surga pada hari yang kekal.”

Safiyyah binti Abdul Muthalib meninggal dunia pada tahun ke-20H, sewaktu kerajaan Islam berada dibawah pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Ketika itu usianya 73 tahun, ada riwayat lain menyatakan 70 tahun.

Jasad beliau dikebumikan di Perkuburan al-Baqi’. 

Rujukan:

Bacaan Lain:

Penulis: Rabiatul Adaweeyah Othman

Sangat mecintai buku dan meminati penulisan, lalu gemar berkongsi tentang apa-apa yang dibaca dan ditulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.