Ramai yang tidak tahu mengenai kebaikan rumput kucing. Sebagai haiwan peliharaan, anda pasti pernah melihat si manja anda memakan rumput. Lebih-lebih lagi ketika mereka tidak sihat dan sakit. Banyak manfaat rumput yang dapat membantu kucing anda merasa lebih sihat.

Walaupun kucing dikenali sebagai haiwan karnivor, tetapi memakan rumput dapat membantu kucing untuk mengeluarkan racun ataupun sari makanan yang tidak sesuai untuk badan mereka. Disebabkan inilah kebiasaannya, kucing yang memakan rumput akan memuntahkan kembali rumput tersebut bersama dengan racun yang terdapat di dalam badannya.

Manfaat Rumput kepada Kucing

Membantu Peredaran Darah

Imej via [merdeka.com]

Rumput mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kucing. Antara membekalkan asam folat kepada kucing. Asam float yang terdapat di dalam kencing kucing baik untuk membantu melancarkan darah. Tumbuhan ini juga membantu menghasilkan oksigen ke dalam darah kucing.

Terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi kucing sekiranya mereka kekurangan asam folat. Hal ini akan menyebabkan anemia, dan pertumbuhan kucing muda yang terbantut sekiranya asam folat tidak mencukupi.

Melancarkan Pencernaan

Imej via [tokopedia]

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa kucing akan memakan rumput bagi membantu melancarkan pencernaan. Sama seperti manusia yang mempunyai masalah susah membuang, kucing juga mengalami masalah yang sama. Kucing akan memakan tumbuhan ini untuk membuang cacing dan memuntahkan bulu yang terdapat di dalam badannya.

Sebagai Ubat

Seperti yang kita semua tahu, kucing akan membersihkan badanya setiap hari. Disebabkan hal ini, kucing akan sering muntah untuk mengeluarkan bulu badannya. Pencernaan kucing tidak seperti pencernaan lembu mahupun kambing yang mempunyai Regurgitasi. Hal inilah yang menyebabkan kucing sering muntah.

Badan kucing juga tidak dapat memproses tanaman. Disebabkan ini, apabila haiwan anda memakan rumput, ia akan memuntahkan rumput sekali racun yang terdapat di dalam badannya. Apabila kucing memuntahkan racun dan bahan yang tidak boleh diproses oleh badannya, hal ini akan membuatkan mereka merasa lebih baik.

Rumput Barli

Imej via [qinherbal.com]

Rumput barli kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan makanan kepada haiwan seperti kambing, lembu mahupun biri-biri. Tetapi terdapat juga kebaikan untuk si manja yang memakan rumput ini.

Rasa rumput barli yang manis dan teksturnya yang lembut menjadikan tumbuhan ini digemari oleh kucing. Tumbuhan hijau ini membantu untuk sistem penghadaman serta mencegah bulu kucing daripada bergumpal.

Pucuk barli mempunyai sumber serat, vitamin dan mineral yang baik untuk kucing. Rumput barli juga dikenali sebagai makanan tambahan yang baik untuk diet haiwan kesayangan anda. Pucuk barli juga mempunyai vitamin c, protein, asid amino dan banyak lagi manfaat yang baik untuk kucing.

Rumput Rai

Imej via [gardenseedsmarket]

Rumput Rai lain daripada rumput yang biasa kerana rumputnya yang pendek seakan rumput karpet. Rumput ini juga sangat halus dan boleh dijumpai di kawasan perumahan mahupun taman-taman Rumput ini mudah dijumpai kerana mempunyai ketahanan yang tinggi kepada suhu yang rendah.

Rumput Pendul

Imej via [shopee.com]

Siapa yang tidak kenal dengan rumput pendul. Rumput pendula tau dikenali sebagai rumput helicopter. Rumput ini merupakan rumput yang pernah viral disebabkan keberkesanannya yang dapat merawat penyakit Parvo.

Bagi mereka yang mempunyai kucing sebagai haiwan belaan, mereka pastinya tahu mengenai beberapa manfaat tumbuhan kepada kucing. Kucing sering terkena penyakit arvo. Kucing yang mempunyai penyakit ini kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam wad bagi menerima rawatan. Rawatan ini juga memerlukan kos yang tinggi.

Tumbuhan ini dapat merawat penyakit dengan merebus rumput parvo dan mencampurkannya ke dalam wet food milik si manja anda. Air rebusan ini juga perlu diberikan sebanyak 2 kali sehari bagi melihat keberkesanannya.

Rumput Gandum

Imej via [ms.foodofmyaffection]

Sama seperti gandum, rumput gandum juga mempunyai banyak manfaat yang baik kepada si manja. Antara kebaikan rumput gandum ialah dapat membantu melancarkan sistem pencernaan, membantu kucing untuk mengeluarkan bahan asing dari badan, melancarkan aliran darah, mempunyai vitamin yang baik untuk si manja dan banyak lagi.

Rumput gandum dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit kucing. Apabila kucing mempunyai bulu yang belum dikeluarkan dari dalam badannya, Hal ini akan menyebabkan kucing mengalami sembelit. Sama seperti rumput membantu kucing untuk muntah bagi mengeluarkan racun dalam badannya, mahupun mengeluarkan bulu badannya.

Selain itu, rumput gandum mempunyai banyak vitamin dan mineral yang baik untuk si manja. Antara vitamin yang terdapat di dalam  rumput gandum ialah vitamin E, vitamin B, B3 dan B12 yang baik untuk membantu mencegah kanser, anemia dan banyak lagi.

Rumput Dactylis Glomerata

Imej via [jardineriaon.com]

Rumput yang lain ialah rumput Dactylis Glomerata. Tumbuhan ini mempunyai fungsi yang penting untuk kucing. Rumput ini bertindak sebagai agent penyucian. Si manja memakan rumput ini untuk mencuci perut mereka dari bulu badan yang telah mereka telan.

Selain dikenali dengan rumput Dactylis Glomerata, rumput ini juga dikenali dengan Kamogawa. Menariknya mengenai tumbuhan ini, ia berfungsi sama seperti ubat yang diberikan oleh doktor untuk menyembuhkan kucing. Ubat ini berfungsi seperti antibiotic.

Rumput ini boleh didapati di kawasan kapang dengan keadaan tanah yang agak lembab. Anda boleh mencari tumbuhan ini di celah-celah pokok besar. Air rebusan tumbuhan ini juga sesuai diminum apabila kucing anda tiada selera makan.

Rumput Alfalfa

Imej via [pertanian.go]

Tumbuhan alfalfa merupakan salah satu tumbuhan yang baik untuk kucing. Walaupun tidak ramai yang tahu mengenai tumbuhan ini, kebanyakan doktor kucing telah menyarankan rumput ini sebagai ubat terbaik bagi kucing peliharaan yang menghidapi CKD.

Tumbuhan ini membantu menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah dan memang baik untuk pengidap CKD. Sama seperti tumbuhan yang lain, tumbuhan hijau ini juga mempunyai vitamin yang baik untuk kucing. Antara vitamin yang terdapat di dalam rumput ini ialah vitamin C, k dan magnesium yang baik untuk kucing.

Tumbuhan ini juga telah dikaji dan menunjukkan keberkesanan untuk membantu mencegah dan merawat penyakit buah pinggang pada kucing. Anda boleh mendapatkan benih ini di internet.

Kesimpulan

Walaupun si manja diberikan vitamin dan dijaga dengan baik, memakan rumput juga dapat mengurangkan stress kucing. Hal inilah yang menyebabkan penanaman rumput bagi mereka yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaannya sangat penting. Walaupun begitu, haiwan ini tidak memakan semua jenis rumput dan terdapat beberapa jenis rumput yang dikhususkan dapat membantu sistem badan kucing.

Kebiasaannya, tuan kucing akan menanam rumput oat yang dikatakan memberikan banyak kebaikan pada kucing termasuk dengan membantu menyembuhkan penyakit. Anda tidak perlu risau untuk membeli rumput yang baik untuk kucing. Hal ini kerana, pada masa kini ramai yang mula menjual rumput kucing bagi membantu kucing untuk terus sihat dan tidak stress.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.