Siapa pernah makan roti pattaya? Rupanya tidak hanya nasi goreng sahaja yang boleh dibuat pattaya, namun roti pun sama. Resepi roti pattaya yang kami kongsikan ini amat menarik dan mudah sangat. Buat 2 keping roti sahaja tapi mengenyangkan sangat.

Resepi roti pattaya didatangkan daripada ‎Nurul Ab Aziz di laman Facebook. Resepi ini menggunakan 3 bahan sahaja, haa mesti anda semakin penasaran bukan? Guna roti, sardin dan telur sahaja. Kalau tidak ada roti, boleh buat roti homemade atau guna kulit popia juga boleh. Supaya tidak membazir boleh guna roti yang hampir habis tempoh di rumah.

Roti pattaya sedap dijadikan kudapan petang-petang mahupun sarapan pagi. Jom cubakan resepi roti pattaya yang kebaboom!

Resepi Roti Pattaya

roti pattaya

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 keping roti,
  • Sardin,
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Masak atau perasakan sardin dengan bawang merah,cili dan sos.
  2. Pattayakan telur.
  3. Letak roti dan sardin. Mahu buat versi basah pun boleh. Letak sardin bersama sedikit sos kuahnya.
  4. Letak mayonis atau cheese.
  5. Katup dengan roti sekeping lagi.
  6. Segiempatkan mereka.

    roti pattaya

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain roti pattaya, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.