Ada berpendapat bahawa kulit ayam goreng itu bagus untuk menambah rasa dalam masakan. Selain itu, ada yang mengatakan lemak kulit ayam adalah lemak tidak tepu. Itu jauh tidak betul sekali.

Jadi yang manakah yang betul? Anda team mana?

Mari kami kongsikan info mengenai kulit ayam goreng daripada Dr. Suhazeli Abdullah.

risiko makan kulit ayam goreng
Image via Bidadari.my

Kajian yang dijalankan oleh Havard University berkaitan dengan kulit ayam sepertimana yang dilapurkan dalam akhbar tempatan tempoh hari. Suka dinyatakan bahawa penulisan dalam akhbar itu agak mengelirukan dan maklumat yang diberikan kesimpulan lengkap seperti saranan dari pengkaji Havard tersebut.

Risiko makan kulit ayam.

Kulit ayam memang mempunyai lemak tepu yang tinggi mengikut peratusan zatnya. Lemak tepu itu adalah lemak yang likat dan jika masuk dalam badan kita agak sukar untuk diuraikan menjadi zat dan akhirnya digunakan sebagai pembinaan badan serta tenaga. Justeru, lemak tepu itu akan berkumpul di dinding-dinding salur darah yang menyebabkan penyumbatan. Akhirnya, telalu banyak lemak yang tidak baik ini menjadikan setiap kita berisiko tinggi menghidapi serangan jantung, darah tinggi, strok dan pelbgai lagi.

Cumanya, pengkaji dari Havard itu menyatakan kulit ayam yang terdapat bersama dengan satu sajian ayam itu tidaklah mendatangkan pengambilan yang melebihi dari keperluan seharian lemak seseorang. Setiap dari kita memerlukan sejumlah kalori lemak untuk pembinaan sel-sel badan, pembinaan sel otak dan fungsinya. Lemak perlu, tetapi ambillah secara sederhana.

Pengambilan sepatutnya lemak tepu untuk sehari.

Persatuan Jantung Amerika (AHA) mencadangkan pengambilan lemak tepu hanya 5-6% sahaja dari jumlah kalori seharian. Seketul paha ayam yang bersalut kulit atau bahagian dada ayam berkulit masih lagi memenuhi kriteria pengambilan lemak seharian. Itu sahaja yang cuba disampaikan oleh artikel berkenaan. Masalah bagi kita adalah sajian kulit ayam yang tidak menepati resipi sihat. Andai kata kita makan kulit ayam sahaja sepinggan seperti yang dijual di pasar-pasar malam itu, jumlah lemak sudah melebihi keperluan. Apa yang berlebih itu akan akhirnya menjadi mudarat kepada badan.

Oleh demikian, penyajian makanan amat penting. Lemak-lemak tepu seperti kulit ayam, lemak lembu, kambing dan lain-lain lebih murni disajikan secara bakar, panggang atau masakan sup, tanpa gorengan. Ini kerana minyak masak (sawit) dari hasil goreng itu juga dikira lemak yang boleh meningkatkan lagi jumlah keperluan lemak seharian.

*Jangan kita dengar cakap-cakap angin daripada orang sekeliling yang tiada kajian yang sahih tentang kulit ayam. Rujuklah kepada doktor yang lebih banyak ilmu pengetahuan mengenai bab-bab kesihatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.