Siapa sahaja yang tak suka dengan resepi yong tau fu, makanan kegemaran rakyat Malaysia dan seronok apabila makan beramai-ramai. Makan pula dengan sos yang tersendiri memang terangkat. Setiap kali ke pasar malam memang wajib kalau beli juadah yong Tau Fu ni kan? Boleh pilih beraneka hidangan sampingan yang anda seperti fishcake, crab stick, kangkung, bebola dan pelbagai lagi.

Resepi yong tau fu ini sebenarnya berasal daripada makanan tradisi kaum masyarakat Cina. Boleh juga dihidangkan dengan cara sup atau sos kicap manis. Kalau nak tahu kesedapan resepi yong taufu ini terletak pada sos.

Semestinya sos yang likat dan Pekat dan sedikit manis dimakan bersama dengan hidangan bebola dan lain-lain. Nak buat sos kicap manis pun senang sahaja, bahan yang mudah untuk kita dapatkan. Jom baca perkongsian dari Riza Molinda membuat dua kombinasi sos yong tau fu ini.

Resepi Yong Tau Fu

Imej via : Facebook

Bahan-bahan

Kuah hitam

  • 2sd mkn taucu
  • 2 sd mkn tpg jgung
  • 2 sd mkn tpg gndum
  • 3 sd mkn kicap pekat
  • 3 sd mkn sos tiram
  • 4-5 sd mkn gula
  • 3 cwn air

Kuah Merah

  • 1/2 cwn kcng tanah yang dah di goreng
  • 1 sd mkn tpg gndum
  • 1 sd mkn tpg jgung
  • 4- 5 sd mkn gula
  • 3 cwn air
  • 1/4 sd mkn garam

Cara-cara penyediaannya

Kuah hitam

  1. Masukan semua dalam blender, blender bagi taucu halus selepas itu masak bagi mendidih sekejap.

Kuah merah

  1. Blender semua bahan di atas bagi kacang halus dan tiga sudu makan cili kisar.
  2. Panaskan sikit minyak, tumis dua biji bawang putih ketuk letak tiga sudu mkn cili kisar dan tunggu sehingga kering.
  3. Masukan semua bahan dalam blender tadi, masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam masa lima minit.
  4. Dah boleh makan dengan apa-apa jenis bebola, hot dog, sayur, sotong, kang kung dan lain-lain lagi.
  5. Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya dan tabur bijan sangai dengan bawang goreng dan selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Bukan ini sahaja resepi yang kami dah kongsikan untuk anda, terdapat pelbagai lagi resepi menarik yang ada untuk anda baca dan semestinya mempunyai banyak perkongsian dari ramai orang. Jangan lupa share dan like ya! Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.