Telur bungkus kalau beli di kedai boleh tahan juga harganya. Memang senang dan berbaloi kalau buat sendiri. Boleh makan puas-puas
Hidangan ini diberi nama telur bungkus kerana ianya berupa sayur-sayuran dan ayam cincang yang dibungkus dengan telur. Telur yang dibuat ialah telur dadar.
Kesedapan telur bungkus sangat bergantung kepada isi dalam yang berupa sayur dan ayam cincang tersebut. Oleh itu pada perkongsian ini kami hadirkan resepi telur bungkus yang sedap dan semudah ABC kepada anda.
Telur bungkus sedap dimakan bersama nasi putih panas. Lagi-lagi kalau orang yang suka makan telur, mesti akan suka resepi hidangan ini. Jom tengok resepi telur bungkus daripada Nor Shakinah Md Zainal di laman Facebook.
1. Mula-mula panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih.
2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sekejap.
3. Lalu masukkan 2 sudu besar sos cili jagung atau sos cili apa saja.
4. Tambahkan 2 sudu besar sos Thai life.
5. Masukkan lagi 1 sudu besar sos tiram, sedikit air dan secubit garam. Kacau sebati.
6. Setelah itu masukkan carrot dan bawang besar. Biarkan masak selama dua minit.
7. Akhir sekali masukkan tomato dan cili.
8. Kacau-kacau dan siap bahagian isi telur bungkus.
1. Basuh 2 biji telur dan pecahkan dalam mangkok.
2. Tambah sedikit garam dan pukul sebati telur.
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
4. Lenggang telur hingga memenuhi kuali.
5. Letakkan bahan isi tadi di atas telur.
6. Tutup/bungkus.
7. Angkat. Siap untuk dihidangkan.
Selain resepi telur bungkus, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.