Hendak tahu resepi sarapan pagi menarik boleh anda cuba hari ini? Nah, kami mudahkan kerja anda dengan resepi yang sedang popular sekarang.
Sarapan adalah penting untuk menjaga daya tahan tubuh. Sebelum mula bekerja sebaiknya sarapan terlebih dulu supaya tidak letih dan lebih semangat kerja. Pelajar pula kena sarapan dahulu sebelum gerak ke sekolah supaya jadi lebih fokus dan tidak mengantuk dalam kelas.
Sarapan memberi sangat banyak kebaikan. Oleh itu, jangan lewatkan sarapan. Jangan biarkan perut anda kosong sebelum beraktiviti. Mulai hari dengan perut berisi dan semangat tentunya.
Namun begitu, masih ramai orang yang melewatkan sarapan dengan alasan tidak suka atau tidak ada selera makan pagi-pagi. Kadang juga ada yang menyukai aktiviti sarapan namun kerana orang tua tidak menyediakan sarapan terpaksalah mereka berangkat dengan perut kosong.
Hal demikian tentunya sangat tidak baik. Maka itu pada perkongsian ini kami akan menghadirkan 9 resepi sarapan pagi untuk anda yang selalunya memulai aktiviti di pagi hari.
Resepinya mudah sahaja. Resepi perkongsian ramai di laman Facebook ini sepatutnya anda cubakan. Sangat mudah, sedap, kenyang dan memberikan tenaga yang maksima.
Resepi Kentang Stick Goreng
Resepi pertama iaitu kentang stick goreng. Menu ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka makan makanan segera. Resepi daripada Siti Fatimah Khairiah di laman Facebook. Cara buat sama macam buat begedil, cuma ini tidak menggunakan telur.
Bahan-bahan :
Isi ayam,
Kentang,
Carrot,
Daun sup,
Daun bawang,
Tepung jagung 10 sudu,
Lada sulah,
Garam.
Cara-cara :
Mula-mula rebus dan cincang halus isi ayam.
Kemudian kentang juga direbus dan dihancurkan.
Teruskan hiris halus carrot.
Jika semua bahan sudah sedia, seterusnya gaul semua bahan dan goreng hingga kekuningan.
Siap.
Resepi Makaroni Goreng Daging
Menu sarapan pagi dengan makaroni goreng daging. Sarapan dengan hidangan ala western, sedap sungguh dan menyelerakan. Resepi western ini dikongsikan oleh Jalilah JJ di laman Facebook. Berikut resepinya.
Bahan-Bahan :
400 gram makaroni,
400 gram daging kisar ramly,
5 ketul sosej dipotong bulat,
2 biji bawang holland didadu,
4 ulas bawang putih ditumbuk halus,
5-6 sudu besar cili kisar boleh tambah jika suka pedas,
1/2 cawan sos tomato boleh tambah lebih,
1/2 cawan sos cili,
2 sudu besar sos tiram,
1 kiub pati ayam,
1/2 biji capsicum hijau, merah, kuning,
5-6 biji cendawan butang,
Sayuran campuran 1 bungkus,
Sedikit brokoli hijau,
Garam dan gula,
Minyak masak.
Cara-cara :
Mula-mula rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak untuk elak makaroni melekat.
Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Terus masukkan cili kisar, kacau hingga sekata.
Kemudian masukkan sos tomato ,sos cili, sos tiram, kiub ayam dan capsicum dan masukkan sedikit air.
Lalu masukkan daging kisar, sosej, cendawan dan brokoli. Sentiasa kacau sehingga hampir masak.
Jika semua bahan sudah hampir masak, baru masukkan makaroni dan kacau hingga sekata.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
Hias ikut selera masing. Boleh tabur dengan daun persley, hirisan daun bawang, lada merah, hirisan sosej dan taburkan serbuk lada hitam jika suka.
Resepi Pancake Sedap
Sekali sekala buat pancake mudah untuk sarapan pagi. Resepi pancake sedap dan mudah daripada Siti Nor Zainab Taib di laman Facebook. 1 adunan boleh untuk buat 8 keping pancake. Masa memasak untuk masing-masing pancake hanya dalam 2 minit. Mudah betul.
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum,
1 cawan susu segar/susu full cream/susu cair,
1 1/2 sudu gula,
1 sudu kecil baking powder,
1 sudu kecil esen vanila,
1 biji telur,
2 sudu besar minyak jagung/mentega yang dicairkan/minyak masak.
Cara-cara :
Mula-mula satukan semua bahan dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul.
Biarkan dalam 10-15 minit untuk bagi pancake gebu sedikit.
Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yang panas dan guna api sederhana. Tidak perlu guna minyak pun.
Bila adunan sudah timbul lubang-lubang kecil di atas pancake, balikkan pancake.
Tunggu seketika, barulah angkat.
Resepi Kuih Kaswi
Resepi sarapan berikutnya ialah kuih kaswi. Resepi tradisional ini masih jadi favorit hingga kini. Buat kuih ini tidak payah renyah-renyah. Orang tua-tua dulu punya cara dan resepi sedap, bahan pun tidak banyak. Maka itu kami share resepi kuih kaswi tradisi daripada Nazirah Zali di laman Facebook.
Bahan-bahan :
2 1/2 tepung gandum,
1 cawan gula merah (1 cawan air),
1/2 cawan gula putih,
1 sudu makan air kapur,
1/2 sudu teh garam,
5 cawan air.
Bahan Salut :
Kelapa parut,
Secubit garam halus.
Cara-cara :
Mula-mula masak gula merah hingga cair dan tuang kedalam tepung sambil kacau (gula kena tapis dan mesti panas).
Lalu masukkan air dan kacau sebati (sampai hilang ketul-ketul).
Kemudian masukkan garam dan air kapur dan kacau lagi sehingga sebati.
Setelah adunan sebati, masukkan kedalam acuan. kukus selama 15-20 minit.
Siap.
Nota : Adunan ini tidak pekat dan tidak cair sangat. Agak-agak bila kita celup jari dia akan lekat nipis di tangan. Jadi kalau rasa macam pekat sangat boleh tambah air. Warna pun tidak pekat sangat. Selamat mencuba.
Resepi Masak Telur Ala Arab
Berikutnya resepi sarapan telur yang patut cuba. Hidangan ala arab ini sedap dimakan dengan roti. Nampak memang pucat, tapi kalau makan, mak mertua cubit telinga pun tidak perasan. Bukan main sedapnya. Resepi telur untuk sarapan ini dikongsikan oleh Eyra Munirah Adenan di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Telur 3 biji,
Bawang 1 @ 2 labu besar,
Tomato 2 biji,
Cili potong letak ikut kepedasan anda.
Cara-cara :
Tumis bawang sampai naik bau.
Terus masukkan tomato dan tumis layu.
Masukkan cili, kalau ada daun ketumbar masukkan sekali masa ini.
Kemudian masukkan telur dan garam @ serbuk perasa. Boleh letak serbuk lada putih jika ada.
Kacau sampai kering.
Siap.
Resepi Akok Kedut
Projek sarapan berikutnya ialah akok kedut guna pembakar roti. Resepi daripada Halimatun AsSaadiah Ismail di laman Facebook. Sedap dimakan panas-panas dan tidak bau hanyir telur walaupun sudah sejuk.
Bahan-bahan:
5 biji telur *
Sedikit perisa pandan (optional) *
Secubit garam *
Santan 1/2 kotak (size kecil) *
Tepung gandum 3 sudu makan *
Gula pasir,
Gula merah,
Daun Pandan,
2 sudu minyak masak utk effect golden brown
Cara-cara :
Mula-mula masak air gula : 1 cawan air + gula pasir + gula merah + daun pandan. Sukatan ikut kemanisan masing-masing.
Blend semua bahan bertanda *
Kemudian masukkan 2 sudu minyak masak dalam blend untuk effect golden brown.
Lalu masukkan air gula yang sudah sejuk tadi, blend sekejap.
Barulah bakar sampai golden brown.
Siap.
Resepi Coney Sosej
Resepi berikut ini mesti akan buat siapapun yang memakannya akan suka bahkan sampai berebut. Tidak hanya anak-anak bahkan orang dewasa pun suka coney sosej ini. Sila tengok resepi mudahnya yang dikongsikan oleh Rrose Rapii di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Sedikit buttercup,
Daging dan ayam cincang,
Bawang putih didadu,
Bawang Holland didadu,
Sos cili,
Sos black pepper,
Sos honey BBQ,
Maggie cukup rasa,
Gula.
Cara-cara :
Mula-mula cairkan butter dan tumis bawang putih dan bawang holland separuh masak.
Kemudian masukkan daging dan ayam cincang tadi. Kacau sebati dan biarkan sehingga air daging dan ayam kering.
Lalu masukkan sos cili, sos black paper, sos honey BBQ dan kacau rata.
Masukkan maggie cukup rasa dan gula.
Kacau sebati dan tutup api.
Rasakan mengikut citarasa sendiri dan pastikan ada rasa pedas, masin dan manis. Siap untuk gravy. Seterusnya sediakan coney sosej.
Cara Menyediakan Coney Sosej
Mula-mula, steam roti dengan sosej.
Kemudian sapukan majerin pada roti, letak mayonnaise dan sos blackpepper, sos honey BBQ.
Kemudian letakkan sosej.
Lalu letakkan cheese di kiri dan kanan.
Letakkan mustard dan sos cili.
Akhir sekali letakkan gravy sebagai topping dan steam semula sekejap supaya bagi cheese meleleh.
Siap.
Resepi Macaroni Lasagne
Sedap sarapan dengan macaroni lasagne, kenyang dan puas. Buat semalam, hari ini baru cantik bila dipotong. Resepi macaroni lasagne oleh Munira ByMhy di laman Facebook sedia menghiasi sarapan anda.
Bahan-bahan :
1/2 paket macaroni direbus dan tos,
Kentang dihiris jangan terlalu nipis,
Keju cheddar,
Mozarella.
Bahan Sos :
250 gm daging cincang,
1 tin Prego spaghetti sauce perisa original,
1 biji bawang dicincang,
2 biji tomato,
3 ulas bawang putih diketuk,
Sedikit lada hitam,
Perasa maggi atau knorr,
Sedikit serbuk cili atau chili flakes.
Cara-cara :
Mula-mula masak sos :
Tumis bawang putih, masukkan daging cincang dan bawang merah. Masak hingga garing.
Masukkan tomato dan kacau rata. Masak sehingga tomato layu.
Masukkan Prego dan bahan-bahan lain.
Masukkan sedikit air supaya semua bahan sos sebati. Biar hingga mendidih.
Bila sudah agak pekat. Tutupkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Mulakan layering :
Mulakan lapisan pertama dengan kentang. Susun kentang sehingga menutup permukaan kuali.
Masukkan lapisan kedu iaitu macaroni yang sudah direbus dan ratakan.
Kemudian masukkan sos dan ratakan.
Lapisan seterusnya, masukkan keju dan ratakan.
Bakar selama lebih kurang setengah jam atau sehingga masak dengan api perlahan.
Siap. Hidangkan dengan salad makin sedap.
Resepi Wrap Telur Salad
Resepi paling mudah dan simple yang mesti anda boleh buat dan terus menjadi. Resepi daripada Raihan Kamal di laman Facebook sedia dihidangkan untuk sarapan anak dan suami ke sekolah dan tempat kerja.
Bahan-bahan :
Telur,
Mayonaise,
Thousand island,
Lada putih,
Garam,
Salad,
Wraps.
Cara-cara :
Pecahkan telur, letak garam dan lada sulah.
Campur mayonaise dalam telur untuk bagi rasa moist.
Goreng telur dan hancurkan.
Untuk penyediaan. Letak salad di atas wrap.
Lalu letak telur, thousand island,mayonnaise.
Kemudian gulungkan wrap.
Siap.
Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik bukan? Selamat mencuba.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi sarapan pagi, kami juga menulis resepi koleksi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.