Penat? Tak sempat nak masak? Bolehlah cuba masakkan lauk mudah dan ringkas seperti ikan bilis. Sekarang nih kita boleh tengok pelbagai resepi ikan bilis goreng yang telah divariasikan dengan pelbagai bahan tambahan. Ada kerabu ikan bilis,salad ikan bilis, sambal goreng ikan bilis dan lain-lain lagi. Jadi kami kongsikan resepi sambal goreng ikan bilis ini yang merupakan lauk mudah dan ringkas. Sebabnya? Ianya tak memerlukan bahan yang banyak dan leceh untuk dicari.
Selain dari tu, cara masaknya pun senang. Simple kan? Simple tapi marvellous. Siapa yang tak nak. Tambahan pula menu ini boleh buat simpanan untuk seminggu sekurang-kurangnya (jika simpan kat luar). kalau simpan di dalam peti, pastilah lagi lama. Tapi takut tak sempat simpan lama jer sebab dah habis.
Jadi, apa lagi bolehlah jadikan menu ini untuk seisi keluarga malam nih. Pasti tambah nasi punya. Satu lagi, untuk mak-mak yang nak bekalkan lauk yang tahan lama untuk anak-anak yang balik asrama, lauk sambal goreng ikan bilis ini sangatlah sesuai dan menyelerakan. yang penting boleh tahan lama walaupun tanpa peti sejuk.
Jom tengok resepi dari Hayati Yati . Ramai yang sudah mencubanya. Para suami pun boleh cuba masak menu ini. InsyaAllah senang dan mudah untuk difahami dan diikuti. Resepinya boleh tengok di bawah. Pasti tak kan menyesal. Sekali cuba pasti nak buat lagi.
Bahan-bahannya:-
Cara-cara penyediaannya:-
Dah siap. Pastu jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami.