Roti jala memang sinonim dimakan bersama kuah kari. Boleh dimakan tak kira waktu dan tempat. Ada juga yang selalu membawanya ketika port luck mungkin kerana ramai yang menyukainya. Kali ini kami bawakan anda resepi roti jala jelita yang pasti buatkan anda sayang nak makan.
Sesuai dengan namanya ini, roti jala jelita ini mempunyai bentuk yang cantik. Pasti anda tak toleh dan sayang nak makan. Pelbagai bentuk yang boleh diolah dengan roti jala. Jika anda kreatif pasti pelbagai hasil yang anda boleh buat. Mungkin kerana kecantikan roti jala ini, ramai yang memilih roti jala ini sebagai buah tangan atau hantaran.
Pelbagai rupa yang ada antaranya ialah bunga, love dan pelbagai lagi. Warna-warni pada roti jala ini lah yang membuatkan ramai jatuh hati dengan keunikan roti jala jelita. Apa yang pasti bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang cantik ini, ia memerlukan kesabaran dan ketelitian pada setiap pemprosesanya. Jom ikuti resepi roti jala cantik dari Dapur Dak Maz di laman Facebook beliau.
Cantik jelitakan roti jala ini. Rasa nak simpan sayang nak makan. Nak kan lagi resepi yang menarik dan mudah nak buat? Baca sahaja di laman web kami. Kami menyediakan pelbagai resepi untuk anda. Terima kasih dan jangan lupa share dan like!