Selamat pagi, apa cerita sarapan pagi ini? Bagaimana kalau kita menjala pula hari ini? Eit ini bukan menjala ikan ya. Pagi ini kami ingin mengajak anda membuat roti jala biasa dan roti jala coklat yang sedap dan manis terasa coklatnya.
Hidangan ini dinamakan roti jala kerana bentuknya yang menyerupai jala untuk tangkap ikan. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.
Roti jala biasanya dimakan dengan kuah. Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (terkenal di negeri-negeri pantai timur) dan kuah gulai, terutama gulai ayam (terkenal di pantai barat). Roti jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa.
Roti jala pula dapat dijumpai di gerai-gerai yang menjual kuih untuk sarapan mahupun pasar malam. Jika anda teringin membuat sendiri di rumah, anda boleh merujuk kepada resepi daripada Raja Amanina di laman Facebook yang telah kami tuliskan di bawah ini. Lengkap dengan resepi roti jala coklat. Selamat mencuba.
Selain resepi roti jala, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.