Bila datang malas tanpa terduga. Memang jadi huru hara otak. Nak buat semua pun malas. Tapi nak kena buat juga kan. Yela takkan nak biarkan perut anak-anak dan suami tak terisi. Jadi apa kata cuba resepi Pizza French Toast ini. Tersangatlah mudah. Bahan-bahan pun mudah jer.

Bahan utama untuk resepi ini adalah roti dan cheese. Yang lain-lain terpulang pada masing-masing. Tengoklah apa yang nak diletak ataupun apa yang ada jer dalam petit uh. Hihihi.

Resepi di bawah didatangkan daripada Shida Ambok di laman Facebook. Jom tengok apa bahan dan caranya.

Resepi Pizza French Toast

Resepi Pizza French Toast

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  1. 5 keping roti putih
  2. 3 biji telur
  3. 2 batang Sosej
  4. 2 keping lof daging ayam
  5. Sos spageti cendawan
  6. Lada benggala
  7. Mozarella
  8. Garam
  9. Lada sulah

Cara-cara penyediaannya:

  1. Pecahkan telur bersama lada sulah dan garam. Kacau sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali bersama sedikit minyak. Celupkan roti ke dalam telur tadi dan goreng.
  3. Setelah siap French toast tadi asingkan ke tepi.
  4. Sementara itu ambil sosej dan lof ayam tadi rendamkan dengan air panas. Setelah
  5. itu potong potong mengikut kesesuaian.
  6. Potong juga lada benggala.
  7. Ambil French toast dan susun atas pan bakar.
  8. Sapukan sos spageti cendawan di atas roti.
  9. Kemudian taburkan bahan-bahan lain yang telah siap di potong tadi di atasnya.
  10. Selepas itu tabur mozzarella cheese mengikut kesukaan anda.
  11. Masakkan dalam oven agar mozzarella mencair dan pizza French toast ini sedikit rangup. Anggaran 6 minit pada suhu 160°C. (Kalau tak cukup garing boleh tambahkan masa ya-terpulang pada selera masing-masing)

Dah siap ! Mudahkan? Bolehlah menjamah dengan seisi keluarga. Kalau nak lagi sedap boleh je kalau nak makan bersama-sama sos cili atau tomato atau chili flakes. Yummy!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.