Ada masanya bila hendak raikan sambutan harijadi anak, ibu -ibu teringin hendak membuat kek sendiri. Akan tetapi ketuharnya pula tiada. Apakata kali ini anda cuba resepi popular yang pasti akan jadi ini. Kek coklat lembab yang dikukus sehingga masak.

Dengan menyediakan kek ini, anda pasti akan dapat merasai keenakan coklat yang kaya di dalam kek coklat kukus lembut. Apabila anda makan sahaja, pasti anda akan terpikat dengan rasa dan teksturnya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ibu Rabbani dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di media

Resepi Kek Coklat Kukus Lembut

kek coklat kukus lembut
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

Bahan untuk dikisar:

  • 1 cawan susu cair/air biasa
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak/minyak jagung
  • 3 biji telur
  • Secubit garam

Bahan untuk diayak:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil bikabonat soda
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan untuk topping:

  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 3 sudu susu cair/air biasa
  • 2 sudu mentega/marjerin/minyak

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan kisar didalam masa kurang 5 minit.
  2. Sementara itu, panaskan kukusan sehingga mendidih.
  3. Satukan kesemua bahan yang dikisar bersama bahan yang telah diayak.
  4. Apabila sudah rata tapis adunan, masukkan dalam loyang yang disapu marjerin supaya tidak melekat.
  5. Kukus lebih kuran 45 – 50 minit.
  6. Balut tudung pengukus untuk elak air jatuh keatas kek.
  7. Untuk bahan topping, masak atas api (double boil) sampai sebati dan agak pekat. Curahkan atas kek yang telah disejukkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada itu, terdapat beberapa resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.