Suka makan pisang goreng? Ingin makan pisang goreng yang menarik?

Pisang goreng cheese ala Zuraidah Ismail di laman Facebook boleh dijadikan pilihan. Membuat anda merasai pisang goreng sedap yang lain dari biasanya.

Yang membuatnya menarik ialah pisang dilenyekkan dulu sebelum digoreng. Kemudian ditabur cheese. Sedap sungguh! Membuat anda tidak akan pernah bosan makan pisang goreng.

Bosan makan pisang goreng kosong yang hanya goreng tepung saja, baik cuba resepi berlainan ini. Jom tengok resepinya di bawah ini.

Resepi Pisang Goreng Cheese Lenyek

pisang goreng cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Pisang (jenis apapun),
  • Tepung beras 5 cawan,
  • Tepung jagung 3 sudu makan,
  • Telur I biji,
  • Pewarna kuning sedikit,
  • Serbuk penaik sedikit (baking powder),
  • Sedikit garam,
  • Air,
  • Susu pekat,
  • Cheese parut.

Cara-cara :

  1. Lenyekkan pisang. Pada resepi ini lenyek menggunakan papan dan dialas dengan plastik supaya tidak lekat.
  2. Kemudian buat adunan tepung dengan menggaulkan tepung beras dan tepung jagung, pewarna, telur, serbuk penaik, garam dan air. Adunan tidak terlampau pekat.
  3. Seterusnya, celupkan pisang lenyek ke dalam adunan.
  4. Goreng pisang.
  5. Setelah semua pisang siap digoreng, siramkan susu ke atas pisang.
  6. Akhir sekali taburkan cheese parut ke atas pisang.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pisang goreng cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.