Mencari menu diet yang sihat dan selamat? Kami ada satu resepi diet atkins yang baik untuk anda. Resepi diet ini berbahan asas kentang dan telur. Cara-cara menyediakan menu ini juga amat senang.

Telur dan kentang direbus kemudian dipotong kiub. Dengan bahan tambahan sayur brazil, bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam mangkuk dan diperasakan dengan garam dan lada maka jadilah ia salad kentang telur dan sayur simple yang amat.

Menu ini boleh dimakan bila-bila anda rasa lapar sebagai pengganti nasi putih kerana menu ini mengandungi karbo dan protein daripada kentang dan telur yang dapat tambah tenaga dan boleh buat kenyang. Jika anda ikut resepi ini dengan konsisten maka hasilnya pun menjanjikan.

Mari berdiet dan sihat bersama resepi yang kami tulis di bawah, didapatkan daripada Adawiyah Bt Yahaya yang berkongsi di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Salad Kentang Telur (Resepi Diet Atkins)

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kentang (3 biji sederhana) – potong kiub,
  • Telur (3 biji) – potong 6 bahagian,
  • Bayam brazil – ikut selera banyak mana ingin dipakai,
  • Sedikit daun sup,
  • Herbs,
  • Serbuk lada sulah,
  • Serbuk lada hitam,
  • Cili api – 2 biji,
  • Cheese – 1 keping,
  • Garam-secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Rebus kentang dan telur. Siap toskan.
  2. Potong kentang dan telur ikut kesesuaian ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan semua bahan-bahan yang lain.
  4. Gaulkan sebati. Siap dihidang.
    Mudah bukan?

Resepi Menarik Lain

Selain salad kentang telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.