Salah satu menu makan bersih yang favorit untuk menu diet. Menu sihat berbahan asas telur diwrap dengan sayur, timun dan wrapper. Menu ini amat simple bahan dan penyediaannya.

Telur diwrap dengan sayur yang banyak. Jika anda suka banyak sayur, boleh letak banyak salad dan timun. Jika suka boleh letak sos juga. Wrap telur ini boleh dimakan sebagai pengganti makan pagi atau makan malam.

Jika ingin diet, pastikan hidangan utama cukup nutrisi, ada karbohidrat ada protein ada fiber. Kurangkan makan/minum gula, minyak, garam dan aji. Jangan lupa senaman juga ya. Resepi dikongsikan oleh Syafiqah Nasuha di laman Facebook.

Resepi Wrap Telur

wrap telur

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Salad,
  • Tomato 1 biji,
  • Timun 12 hiris,
  • Telur 2 biji,
  • Bawang dan cili api,
  • Garam pink secubit,
  • Minyak 1 sudu kecil sahaja.

Cara-cara :

  1. Goreng telur garing-garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Susun salad dan tomato di atas wrap.
  3. Kemudian letak telur di atas salad.

    wrap telur

    Imej via Facebook

  4. Kemudian susun timun.

    wrap telur

    Imej via Facebook

  5. Wrapkan telur, tekan bagi padat sampai boleh dipegang.

    wrap telur

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain wrap telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.