Setiap pagi kita akan terkejar-kejar masa untuk pergi ke kerja, sekolah, kelas dan macam-macam lagi. Kadang-kadang hingga tidak sempat untuk bersarapan. Kalau ada gerai yang berdekatan bolehlah singgah beli, macam-macam ada nasi lemak, kuih muih, bihun, mi goreng dan pelbagai lagi.
Tetapi jika kita lihat makanan-makanan tersebut semuanya mempunyai kalori yang tinggi. Jika kita sedang berdiet, memang tidak boleh makan makanan yang tinggi kalori dan berminyak. Terpaksa kita tahan lapar di pagi hari dengan alasan diet.
Sebenarnya, sarapan pagi itu amat penting dalam diet kita sebab ia akan memberi tenaga kepada badan kita untuk melakukan kerja di waktu pagi sementara menunggu makan tengahari. Susah, bukan mahu jaga badan ini. Makanan apa yang mudah, cepat dan bagus untuk diet di waktu pagi?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi oats yang baik untuk orang diet. Info ini dikongsikan oleh Puan Hani Shamsuddin. Puan hani gemar berkongsikan info-info berguna di laman Facebooknya.
Bahan-bahannya :
Esok pagi tinggal sediakan toppings. Yang ni ikut tekak memasing. Nah list idea nak letak apa :
Simple jelah. Semua orang boleh buat. Oats ni dia dah sedia maklum kaya dengan fibre. Fibre ni kan melawaskan. So tak yah minum detox dah. Setel hajat.
*Mudahkan resepi ini. Oats ini juga bukan sahaja boleh dimakan waktu pagi malah waktu malam juga boleh kerana ia adalah makanan rendah kalori. Boleh buat oats lebih letak dalam bekas banyak-banyak.
Kalau lapar ambil sahaja dalam peti ais, letak topping dan siap sedia untuk makan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Jemput juga baca artikel tentang piramid makanan dan diet intermittent fasting
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.