Mak-mak dah buntu tak tahu nak masak apa? Bosan makan nasi putih kosong? Jangan tak tahu selain dari Nasi Ayam, Nasi Daging, Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, boleh cuba masakkan Nasi Jagung. Selalunya Nasi Jagung ini digabungkan dengan Ayam Masak Merah dan Jelatah.

Jadi, di sini kami kongsikan resepi Nasi Jagung yang dikongsikan oleh Faizah Md Zain di laman Facebook. Resepi beliau yang mudah dan nampak menyelerakan ini mendapat tanda suka yang banyak dari ramai orang. Apa lag, jom tengok resepi nya. Resepi ini sukatan untuk 1 kg beras basmathi tau. Kalu nak buat lebih kena gandakanlah yer.

Resepi Nasi Jagung

nasi jagung

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1kg beras (basmathi jasmine pusa cream)
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin jagung (beli yg bukan creamer)
  • 10 biji bawang merah kecil (blend)
  • 8 biji bawang putih (blend)
  • 1 inci halia (hiris)
  • rempah 4 sekawan(pack kecik)
  • 5 sudu minyak jagung (untuk tumis bawang)
  • 3 sudu marjerin or butter (masuk masa nasi dah kering untuk bagi nasi lembut)
  • garam secukupnya
  • daun pandan (2 helai)
  • daun ketumbar (pilihan)
  • air (ikut sukatan beras, nisbah 1 beras 1 air)

Cara-cara penyediaan nya:

  1. Panaskan minyak jagung, tumiskan rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih da daun pandan sampai naik bau da kekuningan.
  2. Masukkan air dann masukkan susu cair.
  3. Masukkan halia ,garam dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan beras yang telah dicuci dan barkan sehingga mendidih. Untuk dapatkan nasi yang panjang dan tak patah, jangan kerap kacau masa air tengah banyak.
  5. Masukkan jagung, daun ketumbar (sedikit)
  6. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  7. Akhir sekali, masukkan marjerin dan butter.

Dah siap. Mudah jer kan? Nanti nak hidang, jangan lupa taburkan bawang goreng yer. Pasti lagi sedap dan wangi. Hidanglah bersama ayam masak merah dan jelatah. Kalau tak nak masak lauk pun takpe, boleh jer beli dua lauk nih jer. Lagilah sedap. Anak-anak dan suami pasti suka tak terhingga. Bukan nasi putih kan. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi jagung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.