Masakan Indonesia amat popular di Negara kita boleh dikatakan semua makanan disana menjadi kegemaran rakyat kita. Mungkin kerana berkongsi rasa yang sama menyebabkan kita mudah terima dengan makanan mereka. Antara makanan Indonesia yang popular di Malaysia ialah nasi ayam geprek. Tak perlu susah lagi nak kesana, kerana kami akan kongsikan resepi nasi geprek ini.

Anda jangan keliru antara ayam geprek dan ayam penyet. Kedua-dua menu ini berbeza dari segi sambal dan penyediaan ayam goreng. Bagi ayam geprek ini, Ayam akan dicelup tepung dan digoreng, manakala sambal nasi ayam geprek ini hanyalah cili dan bawang putih sahaja.

Untuk anda penggemar makanan pedas, menu ini khas untuk anda. Pasti membuatkan anda berpeluh-peluh ketika makan. Pasti anda dah kecur air liur kan, jom follow resepi popular Indonesia yang dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadila Sari

Resepi Nasi Ayam Geprek

Imej via : Facebook

Bahan-bahan

Bahan Perap Ayam

  • 4 bahagian whole leg ayam
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau

Bahan Salut Ayam

  • Tepung Bestari
  • 2/3 biji telor

Bahan Sambal Geprek

  • 15-20 biji cilipadi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Garam dan gula secukup nya

Cara penyediaannya

  1. Bersihkan ayam dan perap selama 15 minit.
  2. Didalam bekas lain, masukkan tepung bestari
  3. Celupkan ayam dalam adunan telur, kemudian dalam adunan tepung dan gorenglah didalam minyak yang banyak sampai masak dan crispy. Angkat dan tos kan.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan goreng bahan sambal geprek sehingga beraroma kemudian angkat. Tumbuk kasar tambah garam dan sedikit gula dan curahkan diatas ayam goreng tadi.
  5. Ayam geprek sedia untuk di nikmati bersama ulaman kegemaran nasi putih, sup kosong, tempe dan tauhu goreng.

Resepi Menarik Lain

Kami yakin anda pasti dah kecur air liur kan bila membaca resepi ini. Jangan lupa cuba buat jika anda penggemar makanan pedas. Kalau nak tahu banyak lagi resepi menarik dan padu kami sediakan untuk anda sebagai rujukan. Terima kasih juga ye singgah dan jangan lupa share dan like jika anda rasa resepi ini beri manfaat untuk anda.

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.