Siapa suka maruku? Nak dapat maruku yang sedap memang susah. Membuatnya pun perlu cuba berkali-kali supaya menjadi maruku yang krapp krupp.
Oleh itu, hari ini kami ingin berkongsikan resepi maruku lingkar yang sedap. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Azie Mazidah. Perkongsian ini asalnya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan dan saudara mara. Namun makin lama makin banyak permintaan untuk maruku ini. Bukti bahawa resepi ini memang sangat sedap.
Resepi maruku berasal dari negara India Selatan. Hingga sekarang maruku telah mengambil tempat dalam hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Maruku adalah ringan, sedap, rangup, senang dibuat dan murah kosnya.
Maruku yang biasa berbentuk bulatan seperti pada resepi ini. Maruku dibuat menggunakan acuan khas. Perasa maruku bergantung kepada selera seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Mari cuba buat maruku hari ini.
Selain resepi maruku, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.
Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.