Mencari resepi makanan bayi 9 bulan? Bayi sudah boleh mula makan makanan pejal seawal 6 bulan. Pasti ibu-ibu sangat teruja untuk memperkenalkan pelbagai menu baru kepada bayi yang baru nak belajar makan dan merasai pelbagai rasa makanan.
Jika ibu teruja, bayi lebih lagi teruja dan sentiasa tidak sabat untuk menunggu waktu makan. Ini kerana bermacam-macam menu kreatif yang ibu sediakan untuk si manja tersayang.
Dalam keterujaan itu, pasti ibu-ibu juga akan pening memikirkan menu apa lagi yang boleh dihidangkan buat bayi kesayangan anda. Jadi, di sini, kami senaraikan 10 menu yang boleh diberikan kepada bayi berusia 9 bulan untuk panduan ibu-ibu.
Resepi makanan bayi yang sedap dan kreatif ini dikongsikan oleh Puan Noraini (Nonie Noor Aienie)
1)Bubur Nasi Ikan Bilis
Bahan-bahan:
Beras bubur bayi
Quinoa
Stok ikan bilis
Labu
Minyak zaitun
Campuran rempah
Cara Penyediaan:
Basuk dan masak beras bubur bayi dan quinoa.
Masukkan stok ikan bilis dan labu.
Setelah masak, masukkan campuran rempah dan renjiskan minyak zaitun.
Biarkan seketika dan sedia untuk dihidang.
2)Bubur Ayam & Brokoli
Bahan-bahan:
Beras bubur bayi
Pes ayam
Puri brokoli
Saderi
Campuran rempah
Minyak zaitun
Cara Penyediaan:
Basuh beras dan masak seperti biasa.
Masukkan pes ayam, puri brokoli dan saderi.
Masak sehingga pekat.
Letak campuran rempah dan renjiskan minyak zaitun.
Biarkan seketika dan sedia untuk dihidang.
3) Pasta Keju
Bahan-bahan:
Makaroni
Stok ayam
Puri labu
¼ bawang Holland
1 ulas bawang putih
Keju
Tepung gandum
Minyak zaitun
Campuran rempah
Cara Penyediaan:
Rebus macaroni sehingga empuk dan toskan.
Tumis bawang.
Masukkan stok ayam dan puri labu. Kemudian kacau sebati.
Masukkan keju dan tepung gandum.
Masukkan campuran rempah dan minyak zaitun.
Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.
4) Kentang Putar
Bahan-bahan:
Kentang (Direbus, kemudian tapis dan kisar)
Stok ayam
Pes ayam
Puri labu
1 sudu kecil tepung gandum
Sedikit mentega
*Bawang putih
*Bawang Holland
*Saderi
Cara Penyediaan:
Kisar bahan-bahan bertanda*
Tumis bahan yang dikisar dengan mentega sehingga garing.
Masukkan stok ayam, pes ayam dan puri labu.
Kacau sehingga masak.
Masukkan tepung gandum untuk pekatkan kuah.
Setelah siap kuah, curahkan ke atas kentang yang telah siap dikisar.
5) Pasta Abjad Bersama Ayam Keju
Bahan-bahan:
Pasta abjad (Rebus 5 minit)
Lobak merah (Sagat)
Isi ayam (Dikisar)
¼ bawang Holland (Cincang)
1 ulas bawang putih (Cincang)
1 batang saderi (Cincang)
Keju (Sagat)
Campuran rempah
Mentega (Untuk menumis)
Minyak zaitun
Cara Penyediaan:
Tumis bahan yang dicincang dengan mentega sehingga kekuningan.
Masukkan isi ayam. Tumis seketika.
Masukkan lobak sehingga empuk.
Masukkan keju.
Setelah masak, kisarkan bahan-bahan ini.
Curahkan ke atas pasta abjad yang telah dierbus.
Sedia untuk dimakan.
6) Pisang Bakar Keju
Bahan-bahan:
1 biji pisang
Puri kurma
Keju
Cara Penyediaan:
Bakar pisang bersama kulit 10 minit.
Setelah masak, kupas kulit.
Curahkan puri kurma atas pisang.
Sagar keju atas pisang tadi.
7) Puding Roti
Bahan-bahan:
1 keping roti (Rendam air sehingga kembang)
Labu
1 biji apricot kering
7 biji kismis
1 sudu besar telur kuning
Cara Penyediaan:
Kukus labu, kismis dan apricot.
Satukan semua bahan kukus, roti yang telah direndam bersama telur kuning. Kemudian kisar semua bahan.
Masukkan ke dalam loyang/acuan.
Kukus selama 30 minit.
Curahkan apa juga topping yang bersesuaian. Sedia untuk dihidang.
8) Sup Labu Berkrim
Bahan-bahan:
¼ biji labu
½ batang lobak merah
½ biji bawang Holland (hiris)
½ batang saderi (hiris)
1 senduk bone broth
1/3 cawan susu segar
Air secukupnya
Mentega (Untuk menumis)
Secubit oregano
Secubit parsley
Cara Penyediaan:
Kupas labu dan lobak. Potong mengikut citarasa.
Tumis bawang dan saderi sehingga layu. Kemudian masukkan labu dan lobak. Biar seketika.
Masukkan bone broth dan air (Kuah tidak perlu banyak).
Tutup api dan masukkan bahan dalam periuk ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
Kemudian masukkan semula ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
Masukkan susu segar, oregano dan parsley.
Setelah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.
9) Tepung Bungkus
Bahan-bahan:
Pisang (dilenyek bersama kurma)
1 sudu besar tepung beras
3 sudu besar santan
Daun pisang
Cara Penyediaan:
Campurkan tepung dan santan.
Masak sekejap atas api sehingga likat.
Layurkan daun pisang atas api.
Letakkan tepung yang sudah dimasak bersama santan ke dalam daun pisang. Kemudian masukkan sesudu pisang yang kurma yang telah dilenyek.
Bungkus daun pisang.
Panaskan pengukur.
Kukuskan bungkusan tepung selama 5 minit.
10) Bubur Oat
Bahan-bahan:
Oat (rendam semalaman)
Labu
7 biji kismis
1 biji apricot kering
3 biji goji (pilihan)
Cara penyediaan:
Masak oat, goji dan labu.
Kukus kismis dan apricot. Kemudian kisar.
Masukkan kismis dan apricot yang telah dikisar ke dalam oat yang sudah dimasak.
Sedia untuk dihidang.
Inilah 10 pilihan resepi untuk menu bayi berumur 9 bulan. Terima kasih kepada Puan Noraini yang sudi berkongsi menu yang lazat ini kepada para ibu yang lain. Bayi pada usia ini sudah memiliki gigi susu yang comel untuk mula mengunyah. Jadi ibu-ibu sudah boleh berikan makanan yang bertekstur sedikit kasar berbanding puri.
Masa makan bayi pastinya suatu masa yang berharga buat anda dan bayi. Selain daripada mengenyangkan bayi, makanan juga penting untuk memastikan perkembangan serta pertumbuhan bayi. Malah moment yang tercipta antara anda dan juga bayi sangat bagus untuk merangsang emosi bayi.
Selamat mencuba!
Artikel Menarik Lain
Bagaimana dengan artikel berkenaan Resepi Makanan Bayi 9 Bulan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?
Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.