Siapa di sini mahukan resepi lontong? Menu ini sering dikaitkan dengan Ramadhan atau Aidilfitri.
Biasanya bulan Ramadan atau Aidilfitri adalah bulan yang paling sibuk bagi seorang tukang masak. Sibuk nak fikir menu apa untuk masak berbuka. Nak fikirkan bahan-bahannya. Nak fikirkan keluarga suka atau tidak resepi baru ni. Pendek kata macam – macam perkara tukang masak kena fikir. Begitulah sibuknya seorang tukang masak.
Namun, lazimnya menu berbuka ni mesti menu istimewa terutama bila berkumpul bersama sanak saudara. Masing-masing membawa juadah masing-masing atau ‘pot luck’. Mencuba resepi baru yang enak dan mengenyangkan.
Apa kata anda mencuba resepi lontong dan kuah lodeh untuk berbuka hujung minggu ni, mungkin ia bakal menjadi kegemaran keluarga anda.Menu yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadhan.
Selain daripada itu, lontong dan kuah kodeh sesuai dijadikan menu rumah terbuka di aidilfitri nanti. Bukan itu sahaja, ianya antara juadah wajib menjelang hari raya. Lazimnya dimasak pada malam raya atau pada hari terbuka di hari raya. Dikatakan hidangan orang Jawa. Masakan ini juga kini menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.
Resipi ini dikongsi oleh Sakura PelangiEmpire dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.
(Tempe & tauhu boleh digoreng separuh masak terlebih dahulu )
Nota: Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.
Terdapat beberapa resepi lain yang anda oleh cuba dimana ianya sangat menarik dan juga mudah untuk dimasak. Jangan lupa untuk menekan butang share dan kongsikan bersama yang tersayang. Selamat mencuba!