Selain daripada nasi, ubi merupakan makanan ruji orang zaman dahulu. Ubi rebus, ubi goreng, lepat ubi, bingka ubi dan kuih keria.

Kebiasaannya semua menu yang berasaskan ubi ini dijadikan sebagai sarapan, minum pagi atau minum petang. Terutamanya di kampung-kampung.

Jadi, kalau sudah tak tahu nak buat apa, boleh lah cuba masak kuih keria yang dibuat daripada ubi. Nak lagi sedap kuih keria ini, buatlah dari ubi keledek. Lagi lah bertambah sedapnya. Kuih keria ini selalunya akan disira atau disalut dengan gula. Hidanglah kuih keria ini dengan teh panas. Lagi naik umpph orang kata.

Jadi apa lagi. Jom cuba resepi Hidayah Jamaludindari laman ‘facebook’ . InsyaAllah menjadi dengan jayanya. Bolehlah puas hati bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Lagi seronok kalau dapat menjamu orang yang tersayang. Jom tengok resepinya di bawah.

Resepi Kuih Keria

resepi kuih keria
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Ubi 500 gram
  • Tepung gandum agak-agak
  • Tepung beras 1 sudu besar
  • Garam sikit
  • Gula keping 3
  • Gula pasir 1 sudu kecil
  • Daun pandan
  • Air 1/4 cawan

Cara-caranya:

  1. Buang kulit kukus ubi 15 minit.
  2. Lenyek terus masa tengah panas-panas.
  3. Tunggu betul-betul sejuk baru masuk tepung gandum, tepung beras, garam.
  4. Gaul sampai sebati sehingga tak lekat tangan.
  5. Bulat-bulat pastu goreng. Semasa menggoreng pastikan kuihnya sentiasa dikacau.
  6. Bila sudah garing angkat dan toskan.
  7. Untuk kuah sira, masukkan semua gula ke dalam kuali dan kacau sentiasa sehingga berbuih dan pekat bertali.
  8. Masukkan keria tadi dan gaul hingga sebati.
  9. Angkat dan makan panas-panas.

Mudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih talam ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur dan kukus.

Oh ya, selain dari resepi Kuih Keria, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.