Pernah dengar kan resepi kerutuk kan? Tapi biasanya yang dengar kerutuk ayam ataupun kerutuk daging kan. Jangan tak tahu kerutuk telur pun boleh buat tau walaupun jarang kan jumpa. Regu set dengan nasi minyak. Habis licin sampai ke kuah lah jawabnya.

Resepi Kerutuk Telur ini dikongsikan oleh  Afy AL Habibidi Facebook yang mendapat tanda suka hampir mencecah 2 ribu au. Bukan biasa-biasa okay. Jom tengok resepi beliau. Tak susah dan tak susah. Kena caranya, semua orang boleh masak kerutuk telur ini. Tapi ingat telur perlu direbus sehingga masak. Kemudian kupas dan goreng seketika sahaja untuk elakkan telur cepat pecah dalam gulai.

Resepi Gulai Kerutuk Telur

kerutuk telur

Imej via Facebook

Bahan kisar (Anggaran bahan untuk 10 biji telur)

-3 biji bawang merah saiz bola pingpong
-1 ulas bawang putih
– 2 hiris bulat serai
-sehiris nipis halia
-sehiris nipis lengkuas
-1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi. Masukkan pula 1/2 sudu kecil cili kisar.

2. Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak.

3. Tambahkan 1/2 cawan air dan asam jawa secubit. Juga garam, nisse atau gula Melaka serta secukup rasa. Biarkan pes sehingga pecah minyak.

4. Selepas itu, tuang 1/2 santan kotak. Tambahkan sedikit air.

5. Boleh tambahkan garam, nisse atau gula melaka jika rasanya belum menyerlah. Tambahkan 1 sudu besar kerisik. Renehkan kuah dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah.

6. Selepas kuah memekat dan cukup rasanya, masukkan telur tadi. Biarkan seketika sebelum ditutup apinya. Siap.

Selamat mencuba.

Tips Resepi Gulai Kerutuk:

  1. Tumis guna api perlahan sampai terbit minyak dan garing. Barulah gulai makin wangi dan tahan lama.
  2. Sebelum masukkan lauk, kena pastikan pes masak sempurna sesudah dicampurkan air pecah. Biar pecah minyak dulu. Untuk peringkat ini boleh masukkan garam dan nisse Kelantan atau gula Melaka. Cara yang sama juga boleh dibuat pes ‘frozen’ untuk memudahkan kerja kita.

Selain resepi Kerutuk Telur ini, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.