Apakah resepi kek tapak kuda yang mudah dan ringkas untuk disediakan sendiri di rumah?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan resepi kek tapak kuda yang sedap dan lembut.

Apa itu kek tapak kuda?

resepi kek tapak kuda

Kek tapak kuda adalah salah satu jenis pencuci mulut Malaysia yang digemari ramai dengan teksturnya yang gebu seakan kek swiss roll, dan rasanya yang enak.

Pada asalnya kek ini sangat terkenal di Brunei dan Sarawak. Ia dipanggil kek tapak kuda kerana bentuknya seperti ladam kuda apabila dipotong.

Kek ini menjadi menu pencuci mulut yang wajib ada bagi kebanyakkan perayaan bukan sahaja di Hari Raya malah Tahun Baru Cina juga.

Resepi kak tapak kuda

resepi kek tapak kuda

Bahan-bahannya:

  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 108 g gula kastor
  • 66 g tepung kek
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 81 g butter (dicairkan)
  • 1 sudu besar ovallete
  • Esen vanila
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • Nutella

Cara penyediannya:

  1. Putarkan telur, gula, ovallet sehingga separuh kembang.
  2. Masukkan tepung kek dan susu tepung lalu putar sehingga betul-betul kembang.
  3. Masukan butter cair dan esen vanila sehingga sebati.
  4. Bahagi ia kepada dua adunan (1 adunan dibiarkan plain,satu lagi adunan ditambah coklat emulco)
  5. Alas baking paper pada loyang 9×9. Letak adunan coklat dahulu ratakan pada loyang. Lepas ratakan hentak sikit loyang.
  6. Adunan plain dimasukan ke dalam piping bag. Piping di atas adunan coklat tadi perlahan-lahan sehingga habis.
  7. Bakar ikut suhu oven anda sehingga masak.
  8. Lepas bakar terbalikan kek tadi ke atas baking paper perlahan-lahan kemudian potong kepada dua bahagian.
  9. Pipingkan nutella pada permukaan kek tadi dan lipat perlahan-lahan.
  10. Kemudian alihkan ke plastik wrap dan wrap ketat.
  11. Masukan ke dalam peti ais. Ulang pada bahagian kedua juga. Satu adunan boleh dapat 2 roll tapak kuda.
  12. Lepas 30 minit, anda boleh letak dalam peti ais.
  13. Selepas 30 minit, kek tapak kuda boleh dipotong dan siap untuk dihidangkan.

Cara menyimpan kek tapak kuda

Bagi cara penyimpanannya pula, anda boleh simpan dalam peti sejuk untuk jangka masa panjang kerana ia boleh bertahan selama 1-2 bulan.

Manakala untuk penyimpanan jangka masa pendek, anda boleh simpan dalam suhu bilik dan boleh dimakan selama 5-6 hari.

Bagi yang suka nutella cair, anda boleh deforst kek dahulu sebelum dimakan. Atau jika anda suka tekstur yang lebih padat dan keras, kek boleh dimakan terus ketika sejuk.

Kesilapan biasa dalam buat kek

Bagi anda yang gemar membuat kek tetapi sering mendapat hasil yang tidak secantik seperti diinginkan, tips di bawah mungkin boleh membantu anda.

1. Kek tidak naik dengan sekata

  • Suhu ketuhar tidak panas secara sekata menyebabkan kek tidak dibakar dengan menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu dalam ketuhar terlalu panas
  • Loyang yang digunakan tidak sesuai dengan jenis ketuhar yang digunakan
  • Adunan terlebih dari setengah ukuran loyang

2. Kek jadi bantat dan tidak naik

  • Saiz telur yang digunakan terlalu kecil
  • Telur yang digunakan sudah rosak
  • Terlalu laju semasa memukul tepung dalam adunan
  • Suhu dalam ketuhar terlalu rendah
  • Tepung yang digunakan sudah rosak atau tamat tarikh luput
  • Kandungan udara tidak mencukupi ketika telur dan gula dipukul

3. Kek terlalu lembap dan leper

  • Terlalu banyak cecair
  • Tidak cukup bahan penaik
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya

4. Kek merekah

  • Suhu dalam ketuhar terlalu panas
  • Menggunakan saiz loyang yang terlalu kecil
  • Kurang cecair
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai
  • Kedudukan loyang pembakar tidak ditengah-tengah ketuhar

5. Kek jadi seperti roti

  • Guna tepung yang tidak sesuai
  • Adunan tidak dipukul dengan sempurna
  • Sukatan mentega tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat

6. Kek jadi keras

  • Tidak cukup cecair
  • Tepung gandum terlalu banyak
  • Pukul terlalu lama selepas memasukkan tepung
  • Tidak pukul telur dengan betul
  • Bakar telalu lama dengan suhu terlalu tinggi
  • Gula dan mentega tidak dipukul sehingga ringan dan gebu

7. Kek jadi kering

  • Selalunya, dengan menambah 2-3 camca besar susu segar, boleh buat kek mampat
  • Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal

Selain dari resepi kek tapak kuda ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan hidangan pencuci mulut seperti:

Sumber:

  1. Resepi Kek Tapak Kuda. Noorsila Andul Rahim
  2. Suka Buat Kek Tapi Asyik Tak Menjadi? 11 Perkara Ini Mungkin Penyebabnya. Rasa

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.