Hari ini, begitu mudah untuk kita lihat status sesuatu makanan jika memiliki aplikasi semak status halal di telefon pintar masing-masing.

Dengan cara itu, kita dapat menentukan status makanan minuman diambil tanpa rasa was-was.

Pada masa sama, kita juga dapat menghindari daripada unsur syubhat dan haram dalam pemakanan.

Justeru artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa aplikasi semak status halal yang boleh anda gunakan.

Apa itu aplikasi semak status halal?

Aplikasi semak status halal adalah sebuah platform yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mengetahui produk-produk, premis makanan dan perkidmatan yang dipersijilkan halal di Malaysia mahupun di luar negara.

Panduan makanan dan minuman halal

Secara khusus, makanan halal merujuk kepada:

  • Makanan apa pun yang bukan dari atau tidak mengandungi bahagian haiwan yang dilarang oleh Syariah Islam;
  • Haiwan yang tidak disembelih menurut hukum Islam;
  • Tidak mempunyai bahan tidak bersih yang ditetapkan oleh Syariah Islam;
  • Tidak disediakan, diproses atau dibuat menggunakan peralatan yang tidak bebas dari kekotoran seperti yang ditentukan oleh Syariah Islam

Bahkan semua produk makanan bukan sahaja harus halal, tetapi makanan itu juga hendaklah bersifat tayyiban (baik) seperti yang digambarkan dalam perintah Al-Quran.

Apps Smart Halal

Smart Halal adalah aplikasi di mana untuk membolehkan pengguna menyemak status produk makanan & minuman, premis makanan, rumah sembelih, bahan habis pakai, kosmetik & produk farmaseutikal dan perkhidmatan logistik yang disahkan halal oleh Persijilan Halal Malaysia.

Aplikasi yang dibangunkan berdasarkan Sistem Pensijilan Halal Malaysia (MYeHALAL) ini, merupakan hasil kerjasama strategik jawatankuasa bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri (JAIN).

Menariknya, kini status halal sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran boleh diperoleh dengan lebih cepat dan mudah melalui imbas QR Code pada aplikasi telefon pintar SmartHalal.

“Hanya sekali imbas menggunakan aplikasi telefon pintar SmartHalal yang disediakan, pengguna akan memperoleh pelbagai maklumat pensijilan halal yang ingin dikongsikan,” – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

Berikut adalah pautan untuk anda memuat turun (percuma):

Apps Verify Halal

aplikasi semak status halal

Verify Halal adalah sebuah platform yang memberi kemudahan kepada para pengguna untuk menyemak status halal sesuatu produk dengan hanya mengimbas kod produk atau barcode menggunakan telefon pintar.

Bukan setakat produk makanan, malah aplikasi ini turut boleh diguna pakai kepada pelbagai produk termasuklah kosmetik dan ubat-ubatan.

Menariknya lagi, ia dapat membantu memberi informasi kepada anda mendapatkan restoran makanan halal dalam lingkungan 20 kilometer.

Aplikasi Verify Halal ini turut menunjukkan lokasi rumah penyembelihan, logistik, produk di setiap negara, dan pengiktirafan sesebuah agensi.

Berikut adalah pautan untuk anda memuat turun (percuma):

Tips cari makanan halal ketika di luar negara

1. Kenali logo halal

Sekiranya anda berkunjung ke luar negara, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengetahui label atau logo halal yang boleh digunakan oleh umat Islam.

2. Belajar perkataan ringkas mengenai produk makanan dalam bahasa tempatan

Setidaknya ambil tahu dan belajarlah makna-makna penting dalam kandungan makanan yang mengandungi bahan tidak halal.

Contohnya seperti mengetahui istilah tempatan khususnya daging termasuklah khinzir dan arak yang haram bagi orang Islam.

3. Cari restoran yang menghidangkan makanan mesra Muslim

Restoran makanan mesra Muslim biasanya tidak menjual apa-apa jenis daging. Ia berkonsepkan restoran makanan laut, timur tengah atau vegetarian.

Namun berhati-hati, kadang kala penyediaan hidangan laut seperti ini dicampur juga bersama alkohol, wain atau lemak haiwan

4. Masak sendiri dari pek makanan segera Malaysia

Solusi terbaik yang boleh elak dari anda termakan makanan yang tidak halal di luar negara adalah dengan masak sendiri pek makanan segara dari Malaysia.

Bukan saja mi segera, kini terdapat pilihan lengkap iaitu nasi bersama lauk pauk tertentu boleh dinikmati tanpa perlu dimasak.

Kepentingan makan makanan halal

aplikasi semak status halal

Daripada pandangan Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, ada menegaskan agar setiap orang Islam perlu mengutamakan sesuatu yang halal, menghindari sesuatu yang haram dan menjauhi setiap yang syubhat.

Hal ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak.

Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya.

Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 107)

Pemilihan makanan yang halal tayyiban akan membentuk jati diri seorang Muslim. Dan bahkan setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging pada kita.

Bagi setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya akan diberikan azab neraka kepadanya.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan aplikasi semak status halal ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Selain dari aplikasi semak status halal ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan teknologi seperti:

Sumber:

  1. Semakan Status Halal Produk Melalui Aplikasi Halal JAKIM. Majlis Keselamatan Negara
  2. Panduan Makanan dan Minuman Halal: Kajian Menurut Perspektif Syariah dan Perundangan Malaysia. USIM

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.