Apakah resepi cromboloni yang mudah dan ringkas untuk disediakan sendiri di rumah?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan resepi cromboloni viral dan lokasi tempat makan best untuk anda beli cromboloni.

Apa itu cromboloni?

resepi cromboloni

Cromboloni adalah olahan pastri dari campuran antara croissant dan bomboloni. Hidangan ini memiliki tekstur croissant yang flacky dan buttery.

Keistimewaan cromboloni adalah kerana bentuk bulatnya yang solid dan berlapis-lapis melingkar ditambah dengan pelbagai perisan popular seperti coklat, strawberi, blueberi, matcha, pistachio, dan banyak lagi.

Pastri klasik yang berasal dari Perancis ini menjadi sarapan favorit di seluruh dunia. Hanya sejak akhir-akhir ini, hidangan cromboloni menjadi terkenal di TikTok dan menjadi buah mulut orang ramai sehingga ada yang teringin sekali untuk merasai kelazatannya itu.

Resepi cromboloni homemade

Bahan-bahan adunan:

  • Gula pasir 30 gram
  • 1 sudu teh yis
  • 125 ml susu full cream
  • 250 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 kuning telur
  • 20 gram marjerin
  • 100 gram margerin pastri
  • Inti coklat (ikut pilihan)

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan gula pasir, yis, dan susu ke dalam bekas. Kemudian kacau sehingga larut.
  2. Tutup dan biarkan bancuhan seketika dalam 10 – 15 minit.
  3. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Tambahkan garam lalu kacau dan campur hingga rata.
  4. Buat bulatan di tengah-tengah mangkuk. Masukkan kuning telur.
  5. Masukkan marjerin yang sudah dicairkan.
  6. Seterusnya masukkan bancuhan campuran tadi ke dalam mangkuk ini.
  7. Kacau sehingga sebati adunan.
  8. Selepas adunan bercampur sebati, tutup dan rehatkannya seketika agar lebih kembang.
  9. Seteleh adunan berkembang, tumbukkan adunan itu dan nipiskan menggunakan kayu pengiling.
  10. Sapukan adunan dengan menggunakan margerin pastri sehingga rata.
  11. Lipat adunan menjadi beberapa lipatan yang sama. Ulang proses ini beberapa kali sehingga saiznya menjadi sedikit kecil. Setiap kali lipatan, anda boleh taburkan sedikit tepung gandum agar tidak melekat.
  12. Tutup dan rehatkan adunan.
  13. Nipiskan lagi adunan dan potong secara memanjang.
  14. Gulung adunan dan masukkan ke dalam loyang yang sudah dialaskan kertas baking dan marjerin.
  15. Tutup dan biarkan seketika.
  16. Kemudian, sapukan adunan dengan kuning telur.
  17. Bakar ke dalam oven dalam suhu 170°C – 180°C selama 30 minit.
  18. Siap dibakar, anda boleh keluarkan dan biarkan ia sejuk seketika.
  19. Selepas itu, buat sedikit lubang pada pastri anda dan masukkan inti yang anda sukai!
YouTube video

Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa cafe terkenal di Malaysia yang jual cromboloni dengan filling yang sedap dan enak.

1. KLCG Confectionery & Bakery, Kuala Lumpur

resepi cromboloni
resepi cromboloni
resepi cromboloni

Jika anda pernah berada di Kuala Lumpur dan penggemar pastri, nama KLCG Confectionary & Bakery pasti tidak asing lagi bagi anda.

Ia terletak betul-betul di mercu tanda KL yang paling ikonik iaitu Dataran Merdeka. Perniagaan ini adalah idea dari sebuah keluarga untuk berkongsi makanan istimewa dan pastri buatan tangan sejak 1957.

Mereka hanya menggunakan bahan-bahan premium terbaik untuk pastri dan kek. Semuanya dibuat “fresh” setiap hari pagi pengemar pastri di Malaysia.

Yang mesti cuba di KLCG ialah cronut mereka (pastri croissant-donut). Selain daripada cronut, mereka juga mempunyai pelbagai jenis pastri croissant artisanal yang sesuai untuk setiap selera.

Penggunaan Charentes-Poitou, mentega Perancis tradisional untuk croissant mereka, meningkatkan rasa dan menjadikannya lebih wangi dengan setiap gigitan. Jangan terlepas juga untuk menikmati strudel, kek, tart, burger bagel dan pasta mereka.

Alamat: 27, Jln Raja, Dataran Merdeka, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Rabu – Isnin (9 am – 6 pm)

Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-389 3907

YouTube video

2. Chef Kecik Cafe, Selangor

resepi cromboloni
resepi cromboloni

Chef Kecik (atau Petite Chef) Kitchen memulakan operasinya pada 2015 oleh seorang jejaka yang gemar memasak dan cintakan hidangan pastri.

Menu paling laris di sini tentunya New York Croissant (Cromboloni) dan Burnt Cheese Cake.

Alamat: 30, Jalan Eco Majestic 10/1D, 43500 Semenyih, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (8.30 am – 7.30 pm)

Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-403 0803

YouTube video

3. The Layer Cafe, Kota Bahru

The Layers adalah sebuah perniagaan yang mengendalikan beberapa kafe dan kedai kopi yang terletak di Kelantan.

Kafe ini sangat terkenal dengan hidangan manis premium mereka kerana setiap kek dan pastri dibakar setiap hari menggunakan bahan-bahan terbaik.

Selain daripada kek dan pencuci mulut, The Layers juga menyajikan pelbagai menu daripada masakan Asia yang lazat kepada hidangan Barat dan pekerja Barista yang menyediakan kopi dan minuman sejuk yang segar.

Alamat: Lot 320 A, Jalan Hulu Pasar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: Selasa – Ahad (9:30 am – 12 am)

Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-226 5950

YouTube video

4. Seven Oaks Bakery Cafe, Johor

Seven Oaks Bakery Cafe sangat popular dalam kalangan warga Johor. Ia mempunyai dua cawangan di sekitar Johor Bahru iaitu di Taman Pelangi dan Eco Botanic.

Kafe ini mendapat tempat di hati kebanyakkan pengemar makanan pastri kerana keunikan yang terdapat dalam setiap hidangan pencuci mulut ini sehinggalah ke suasana di dalam kafe yang sangat mendamaikan.

Alamat: 134, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari (9 am – 10 pm)

Facebook | InstagramUlasan Pelanggan | Telefon: 010-766 7111

YouTube video

Selain dari resepi cromboloni ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan hidangan pencuci mulut seperti:

Sumber:

  1. Fakta Unik Pastry Cromboloni yang Lagi Viral di TikTok. Momsmoney
  2. Harga Cromboloni Monsieur Di Malaysia. TikTok

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.