Jom cuba buat resepi kek batik nestum. Sedapnya kek batik nestum bila memikirkannya! Kek batik selalu ramai peminat, walau ada banyak resepi kek sedap lainnya namun pesona kek batik tidak tergantikan.

Kek batik ada banyak jenis antaranya kek batik coklat, kek batik cheese, kek batik Oreo, kek batik nestum dan lain-lain. Kek batik dibuat daripada roti marie yang dikombinasikan dengan coklat, susu dan telur serta bahan lainnya.

Kek batik tidak menggunakan tepung. Cara memasaknya tanpa bakar, hanya perlu menyejukkan kek batik sehingga mengeras. Namun begitu, kek batik tampak keras di luar namun sangat lembut apabila dimakan.

Tanpa memakan masa, kami bahagikan kepada anda resepi kek batik nestum yang dikongsikan oleh Fatimah Ali di Facebook. Keenakan kek ini membuat banyak netizen yang membuat lagi dan lagi kek ini di rumah. Sekarang anda pula. Selamat mencuba.

Resepi Kek Batik Nestum

kek batik nestum
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gm Butter/Margerin.
  • Biskut Marie 600 gm (2 paket).
  • Milo 1 cawan.
  • Serbuk Koko 1 cawan.
  • Nestum 1 cawan.
  • Telur 3 biji.
  • Susu pekat 1 cawan.
  • Air 1 cawan.

Cara Membuat :

1. Biskut Marie dipatah-patahkan.

2. Cairkan butter dalam kuali.

3. Bila butter sudah cair masukkan Milo, serbuk koko, susu pekat. Kacau sedikit.

4. Kemudian masukkan telur dan air kacau lagi sampai pekat.

5. Kemudian tutup api masukkan nestum dan biskut marie. Kacau rata.

6. Alaskan loyang atau bekas dengan plastik.

7. Masukkan adunan kek di atas tadi.

8. Tekan bagi padat.

9. Sejukkan dalam peti sebelum kek dipotong.

Selamat mencuba.

Boleh juga cuba versi resepi kek batik yang lain di sini.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.