Mencari resepi kek batik melting yang sedap? Terdapat pelbagai jenis kek yang menjadi kegemaran orang ramai. Antaranya kek minyak, kek span, kek cheese, kek buah dan sebagainya. Cara nak buat pun tak susah. Hanya campurkan bahan-bahan yang diperlukan dan dibakar di dalam ketuhar. Tunggu jer dia masak.

Tapi jangan tak tahu, ada kek yang tak perlu tepung dan bakar-bakar ini. Sedap pun sedap. Pernah dengar Kek Batik? Resepi kek batik yang kami kongsikan ini merupakan resepi dari Nor Azliza Mohamed yang mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Cara yang diberikan amat mudah dan senang untuk diikuti. Jom ikuti resepi beliau. Selamat mencuba.

Resepi Kek Batik

kek batik

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 paket @ 600g biskut marie (patah-patahkan)
  • 200 g butter
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 1 paket nescafe 3 in 1 @ 1 sudu kecil nescafe

Cara – cara penyediaannya:

  1. Masak butter hingga cair dengan menggunakan api kecil.
  2. Masukkan susu pekat, dan kacau rata.
  3. Masukkan milo, serbuk koko, kacau cepat-cepat untuk elakkan berketul.
  4. Masukkan air,kacau biar semua sekata.
  5. Masukkan nescafe 3 in 1, dan kacau sekata.
  6. Akhir sekali, masukkan biskut, kacau-kacau hingga kesemua biskut bersalut coklat. Tutup api.
  7. Masukkan dalam loyang 9″ @ 10″ yang dialas plastik untuk elak kek melekat & senang ditarik keluar nanti.
  8. Tekan padat-padat & ratakan.
  9. Bila sejuk, masukkan dalam peti.

Bahan  dan Cara Penyediaan Topping Ganache :

  • 100 g dark compound
  • 100 g milk compound
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter

Double boil kesemua bahan, dan kacau-kacau hingga sebati.

Langkah Akhir Kek Batik Melting:

  1. Curahkan Topping Ganache atas kek batik tadi.
  2. Jika ada buih-buih, hentakkan loyang biar permukaan jadi smooth.
  3. Simpan dalam fridge 4,5 jam sebelum dipotong.

Boleh juga cuba versi resepi kek batik yang lain di sini.

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi Kek Batik ini, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.