Sedapnya kalau boleh makan kek coklat cheese yang buat sendiri. Pasti terasa puaskan? Keknya yang lembut dengan topping cheese yang meleleh mengikut citarasa kita. Nak manis ke. Kurang manis ke. nak pekat ke. tak nak pekat ke. Pasti terasa puas sebab kena dengan selera kita.

Resepi yang dikongsi Julia Nordin ini boleh dapat 5 acuan kecil kek coklat cheese okay. Selamat mencuba resepi yang simple dan mampu milik ini. Senang ja bahan-bahannya. Jom.

Resepi Kek Coklat Cheese

Resepi kek coklat cheese
Imej via Facebook

Bahan A: Bahan buat span 

  • Koko 1 cawan 
  • Gula halus 1 cawan 
  • Minyak masak 1 cawan 
  • Susu cair 1 tin

Bahan B: Bahan buat span 

  • Tepung gandum 1 ½ cawan
  • Soda bikarbonat 1 sudu kecil 
  • Baking powder 1 sudu kecil

Bahan C: Bahan buat span 

  • Telur 3 biji gred A 
  • Esen vanilla 1 sudu teh

Bahan C: Bahan Topping Cheese

  • Cream cheese (jenama tatura) 250gm
  • Susu pekat 5 sudu makan (atau ikut manis yang diinginkan)
  • Susu cair 10-15 sudu makan (agak-agak nak leleh macam mana)
  • Oreo 1 bungkus bsar (asingkan isi dalam dengan biskut kulit luar)

Cara penyediaan Kek:

  1. Bahan A dimasak dalam periuk atas api yang perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dimatikan api.
  2. Manakala, bahan B pula diayak dan disatukan semua dalam sebuah bekas besar untuk mudah digaul bersama.
  3. Dan bahan C pula di blend atau mixer, selama 5 minit.
  4. Sementara buat semua ini sediakan periuk pengukus. Panaskan periuk pengukus slama 5 minit sebelum masukkan span kek yer.
  5. Satukan bahan A yang telah siap tadi kedalam bahan yang telah diayak atau ditapis tadi (Bahan B) dan gaul sehingga sebati.
  6. Setelah sebati dgn jayanya. Masukkan bahan C iaitu telur dan esen vanilla yg diblend tadi bersama kesemua bahan dalam bekas besar tadi.
  7. Gaul lagi sehingga betul-betul sebati. Dan boleh la tuang ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit yer

Cara penyediaan Topping Cheese (Leleh)

  1. Blendkan cheeese tatura bersama susu pekat, susu cair dan isi oreo putih tadi. Blend sehingga kembang seperti aiskrim.
  2. Lepas tu rasa kemanisan masing-masing. Kalau nak manis boleh tambah susu pekat. Kalau nak leleh boleh tambah susu cair.
  3. Lepas tu bila span dah masak, sejukkan dulu. Baru boleh tuang cheese dan hias dengan oreo. Lepas tu bole sejukkan semalaman.

Esok dah boleh makan. Sedapppp. Hiasan seperti cheedar cheese, kacang badam pun boleh diletakkan di atas topping cheese tersebut. Pasti lagi sedap. Oh ya, selain resepi kek coklat cheese ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.